Tuesday, 15 March 2016

Sani Roti Canai Pasar Bandar Baru Bangi

Dulu-dulu... bila nak makan roti canai di Bandar Baru Bangi apelah susah bebenor nak cari kedai roti canai yang sedap pada tekak ni.. Pusing-pusing kedai mamak jugak..

Rupa-rupanya...di Pasar Bandar Baru Bangi, tempat aku selalu shooping ikan ayam sayur tu ada kedai roti canai... Namanya Sani Caterer atau lebih dikenali dengan nama Sani Roti Canai.

Kedainya berada dipenjuru..."L Conner".. Tengah-tengah oder tu sembang-sembang sesambil dia menebar roti rupenye "Kulaan" En Sani ni....hahaha....han napatiak... haloi hajak banua nih...jom kulaan baratan kakadai angah Sani nih..

Bkan roti canai sahaja yang ada... lempeng kelapa.. kuih mueh... aneka nasi pun ada... pendek kata menu sarapan pagi lah yang dijual disini...

Roti canai frozen pun ada... aku selalu gak beli yang frozen ni buat stok kt rumah...


Senarai Harga Roti Canai dan Lempeng


Kulaan nireng...napa takuriheng...singgah-singgah




Apamacam? Dah rasa meh la kongsi cerita...kat mana? Pasar Basah Bandar Baru Bangi lah... Kalau pergi Masjid Al-Umm atau Darussyifa' tu dah memang dekat sangat...

*Semua gambar diambil ketika kedai ni tutup hari cuti.. jgn marah ye angah sani..hehee


Thursday, 10 March 2016

Restoren Kari Kambing 40 Hari - Memang Ummphh

Restoren Kari Kambing 40 Hari - Memang Ummphh.... Apa nak cakap ye.... tak mampu nak cakap apa-apa... Pendek cite.... Sedap wehhhh

Lokasi? Restoran Kari Kambing 40 Hari, 215, Kampung Haji Ghaffar, Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng, Johor Darul Ta'zim. 


@ Jalan Lama Yong Peng - Air Hitam... Dari tepi lebuhraya utara selatan tu memang nampak restoren ni.


Menu? Menu utama nasi arab... nasi arab ayam.. nasi arab kambing.. dan ada set-set yang tersendiri


Harga? RM12.00 untuk sepinggan nasi arab ayam atau nasi arab kambing.. Harga untuk satu dulang ialah RM45.00


Waktu operasi? Setiap hari 7.30 pagi - 3.00 petang sahaja...



Berapa bintang? Kalau ada 10 bintang... tekak aku kata 10 /10 bintang... Siap tapau satu lagi bawak balik Kuantan bohh..





Inilah Papan Tanda Restoren Kari Kambing 40 Hari


(Atas) Nasi arab ayam dan nasi arab kambing.. lauk@kuah minta asing sebab anak-anak nak makan juga...kot pedas kuahnya kang..(Bawah) Lauk kari kambing nya




Kaunter pesanan nasi...kena beratur bohh... kalau timing tak kena silap-silap beratur sampai ke jalan utama bohh...macam masa awal Febuari 2016 aritu....



3 gambar seterusnya menceritakan siapakah orang-orang yang dapat menandakan dimanakah adanya kedai makan yang sedap wehhh..... itulah 'Bikers'.... Memang jadi antara port pilihan para bikers untuk menjamu selera... Jangankan abang bikers, awek bikers pun ada....






Amacam? Jika bertandang ke Batu Pahat / Air Hitam / Yong Peng .... Singgah-singgah la pekena nasi arab nih.... Pahtu bagitau macamana rasanya....

Wednesday, 10 February 2016

Gadgets World 666 Bangi

Jalan-jalan pergi cari casing untuk Tab Lenovo A5500... Dah dekat Bangi maka pwrgi la cari kat Gadgets World 666 di Section 15 delat dengan Stesen Minyak Petronas. Dari tepi jalan utama nampak dah kedai ni..sebelah dengan hotel.

RM25 untuk casing tab ni. Pada aku ok dah harga tu... Sebab kat Kuantan harga sekitar RM60

Tuesday, 26 January 2016

Pelancaran Kolej Yayasan Pahang

Baru-baru ini.. nampak banting "Kolej Baharu @ Kuantan"...


Rupa-rupanya Kolej Yayasan Pahang wehhhh !!!

Hari ini 26 Januari 2016 telah berlangsung Majlis Pelancaran Kolej Yayasan Pahang di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur Kuantan Pahang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob


Gimik (gimmick) pelancaran disempunakan dengan YAB Menteri Besar menarik "canvas" yang melindungi logo Kolej Yayasan Pahang (KYP). Gimik dimeriahkan dengan kegelapan dewan, kepulan asap dan pergerakan lampu ala-ala angkasa disamping lagu tema Star Wars



YAB Menteri Besar Pahang mengaut lauk untuk para pelajar sebagai simbolik pelancaran 
program My MUM - Makan Untuk Mahasiswa

Friday, 1 January 2016

Bunga Pokok Kunyit

Sekembali dari percutian di kampung halaman..terlihat sesuatu yang agak luar biasa..rare..berlaku pada pokok kunyit yang ditanam dilaman rumah..

Pokok kunyit ku berbunga rupanya. Pertama kali dalam hidup pernah jumpa bunga pokok kunyit
Setelah di tanya di alam maya..ada yang mengatakan boleh dibuat ulam..kerabu bunga kunyit dan ada juga yang mengaitkan dengan 'tuah'

Hari ini...bunga kunyit tu dah bertukar jadi benda lain..

Yaaa...ianya telah ditukarkan menjadi ulam ala-ala kerabu...Alhamdulillah..cukup la untuk kami berdua makan..

Bunga kunyit + pegaga + bawang + kelapa disangai + stevia + garam = dalam perut sudah...

Friday, 25 December 2015

Kebun Mini... Tanaman Pegaga

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman pegaga...jalukap ja turang

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan ulam...


Kebun Mini... Cili Hijau

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman cili hijau...

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan


Bawah Kereta Proton Wira

Anda pernah lihat bagaimana rupa bawah kereta anda? Mari lihat.....

Ini merupakan bahagian bawah bagi sebuah kereta Proton Wira...





Wednesday, 23 December 2015

Sri Penambang Seafood Kuala Selangor

Edisi JJCM jalan-jalan cari makan kali ini ke gerai kampong tepi sungai yg sempoi tapi meletop katanya..

Lokasi di Sri Penambang Seafood... Pasir Penambang Kuala Selangor - Selangor Darul Ehsan
Apa yg meletop? Menu udang galahnya menjadi bualan..viral..di alam maya..

Semalam tapau dua bungkus mee rebus udang galah. Pehhhhh !!! Entah apa la yang dia campur dalam menu ni... Rasa nak ulang lagi pulak oder..hahaa

Sebungkus mee rebus ni kalau orang kurang kuat makan memang boleh makan 2 orang tu...ada 3 ekor udang galah, telor sebiji dan ayam sikit dalam tu...

Haaa??? 3 ekor udang galah dlm mee tu untuk rege RM9 tu

Mana nak cari? Lokasi Sri Penambang Seafood ni... Kalau dari arah Kuala Lumpur, sampai pekan Kuala Selangor, turun jambatan, jumpa traffic light Giant, depan sikit ada deretan kedai baru sebelah kanan..ada kedai Yang Yang.. Romantika dll...masuk lorong yang hujung sekali..gerai ni kat belalang bangunan tu...dekat jeti nelayan

Atau...sampai traffic light giant tu ambil kanan..masuk kt bangunan kedai baru tu..jln smpi ujung..kedai makan ni kat belakang bangunan tu

Beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. Tutup pada setiap Isnin..

Ok bye...

Menu Sri Penambang Seafood


Pemandangan tepi warong...jeti nelayan

Stok udang hidup tepi warong

Rupa warong udang galah Sri Penambang Seafood...sempoi tak?

Waktu operasi Sri Penambang Seafood

Belakang tu jeti nelayan

Udang galah masak merah

Simpang......dah dekat dah tu....

Friday, 18 December 2015

Kebun Mini.. Berbudi Pada Tanah Dalam Pasu

Berbudi pada tanah... Halaman rumah tak ada tanah tapi dah simen penuh... Maka berbudilah pada tanah di dalam pasu ;-)

Nasiblah kalau ada orang kata "semak"

Tapi... Au rase ok je walau mungkin ada yang kata "semak" sebab..... Best ape kalau teringin je bukak pintu petik... Bukak pintu je kerat... Malam-malam hari pun boleh tuai oooo...

Pokok serai.. pokok cili.. anak betik

Pokok halia...lama lagi nak tuai ni

Daun kari..pokok limau..pokok bunga tak boleh tuai..
Bunga raya putih buat ubat

Pandan.. kunyit.. rosemery.. pudina.. parsley.. misai kucing

Pegaga.. thyme.. cili api

Haaaa.... best tak bukak pintu bleh petik ???