Sunday, 19 July 2015

Bangi Parking Berbayar

Wowww...bermula 1 Ogos 2015 ni tempat meletak kenderaan di sekitar Bandar Baru Bangi akan mula dikenakan bayaran. No more free parking !
Bayaran dikenakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bermula Isnin sehingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang dengan kadar RM0.50/jam (50 sen sejam)
Nampak gaya...dikala rakyat makin dihimpit masalah ekonomi...parking free pun dah jadi berbayar
Jadi apa beza nya kerajaan yang itu dengan yang ini ye dari segi menaikkan harga sesuatu barang atau perkhidmatan ye?
Mungkin....tak nak bayar parking naik basikal kot...

Thursday, 16 July 2015

Raya 2015: Esok nak raya wehh

Esok raye wehh kalau ikut kalender kuda mahupun unta. Rutin macam biasa, pagi-pagi buta dah start enjin pergi market beli apa-apa yang patut. Tu diaaaa...ramainya orang bersesak nak beli ayam..daging..daun ketupat dan macam-macm lagi la..

Baik di market..jalan tepi stadium nak ke market..jalan lps simpang  4 LPN..semua penuh sesak dengan orang nak beli ayam..daging..daun ketupat ! Raya mungkin tak lengkap kot kalau tak ada ayam kot.

Harga ayam tahun ni kaler pink RM7.70 sekilo. Upah potong RM1 seekor. Selamat Hari Raya korang semua yg beragama Islam....Maaf Zaher & Baten

Tuesday, 30 June 2015

Kaset Hijau

Sesekali mengimbau masa lalu...

Zaman tu masih budak-budak... Bila tiba bulan puasa... Hujungnya pasti ada Hari Raya... Hari demi hari pasti ada lagu raya yang akan kedengaran di corong-corong radio mahupun kaca tv. Nak dengar lagu raya setiap masa memang tak ada laaa..... Zaman tu mana ada internet, telepon bijak pandai tu semua tak ada. Yang ada kaset... Boleh putar banyak kali.. hehehee

Dalam banyak-banyak kaset lagu raya pada masa itu yang paling "meletop" pecah speaker ialah "kaset hijau"atau nama penuhnya 16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil Fitri.. Kalau sebut je lagu raye kaset hijau mesti sengih-sengih sebab lagunya yang memang tak lapuk dek zaman. Memang menyentuh kalbu pendengarnya... Lagu raya masakini bukan nya tak sedap tapi belum mampu tangkap kalbu pendengarnya.



Lagu apa dalam kaset hijau ni? Macam-macam ada......

Ada Takbir Raya (unknown), Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Suasana Hari Raya (Sharifah Aini), Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah)....dan banyak la lagi....



Pss: Lagu raye yang sedap adalah.......

Thursday, 14 May 2015

Selamat Hari Guru !!!



Ku jejak kaki ke Tadika..
Ku membaca A-B-C
Ku membaca Alif-Ba-Ta
Sampai waktunya...Happy Teachers Day!
Guru pun tersenyum meraikannya
Terima kasih Cikgu Tadika ku...

Ku jejak kaki ke sekolah rendah..
Pembelajaran semakin bertambah..
Dari bahasa..akhlak..qiraat..
Semua kena redah..
Hari demi hari..
Sampai waktunya...Selamat Hari Guru!
Guru pun tersenyum meraikannya
Terima kasih Cikgu ku...

Ku jejak kaki ke peringkat menengah...
Tahap pembelajaran semakin susah...
Pada yang malas pasti rebah...
Mujur guru bantu menyergah...
Sampai waktunya...Selamat Hari Guru!
Guru pun tersenyum meraikannya
Terima kasih Cikgu ku...

Ku diterima ke alam pendidikan tinggi..
Kini orang yang bernama Pensyarah mengambil alih tugas
Ku tempuhi Diploma..Sarjana Muda..Master..PhD..
Ku melalui jalan yang penuh berduri..penuh liku..cobaan demi cobaan
Dorongan dan didikan kalian memastikan aku smapai ke garisan penamat
Sampai di atas pentas konvokesyen
Sampai waktunya...tiada ucapan Selamat Hari Guru
Tidak kelihatan juga pensyarah meraikannya
Namun...Tetap Terima kasih Pensyarah ku...

Ku jejak kaki ke alam pekerjaan...
Ku jawat jawatan yang hebat...
Ku tadah gaji yang lebat...
Ku dilimpah rezeki yang murah..
Ku mampu membantu mereka yang susah..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Ku pejamkan mata.......
Bagaimana aku sampai ke tahap ini?
Semuanya melalui mereka yang bergelar “PENDIDIK”
Walau apa namanya..Guru Tadika..Guru Sekolah..Pensyarah..
Mereka tetap Pendidik di mata ku..
Terima kaseh kalian semua..
Semoga Allah memberi balasan yang baik buat kalian

Dan.............
Buat Pendidk terhebat ku sepanjang hayat...
Walau mungkin kalian tidak berpendidikan tinggi...
Walau mungkin kalian tidak berpendapatan tinggi...
Walau mungkin kalian tidak dapat menyediakan semua yang diingini...
Ku junjung kasih dan didikan kalian melepasi tinggi KLCC...
Ku pandang hebat dan gah melampaui Abu Dhabi...
Terima kaseh Umi dan Abi...
Terima kaseh Mak dan Abah...
Semoga Allah memberi balasan yang terhebat buat kalian...

dKDayat@Mei_2015




Thursday, 9 April 2015

Resepi Kari Kambing Mudah

Disebabkan aku teringin nak makan kari kambing...maka aku pun cubalah masak sendiri... masak kari kambing sempoi-sempoi saja...

Bahan-bahan: (sukatang kurang lebeh la...)

  • Daging kambing 1 kg (ada tulang sikit-sikit pun ok)
  • Sebungkus rempah kari kambing
  • Kayu manis - sebatang
  • Bunga lawang - 3
  • Cengkih - 5
  • Buah pelaga - 5
  • Bawang merah - 5 biji - hiris
  • Bawang puteh - 3 ulas - hiris
  • Halia - 2 inci
  • Daun kari - 1@2 tangkai
  • Kentang - 1@2 biji
  • Santan kelapa - sebiji@ secukup rasa anda
  • Garam
  • Minyak
  • Air


Bahan pilihan tambahan:
  • Daun limau purut - 4 helai


Cara menyediakan @ memasak:

  • Basuh bersih daging kambing dan tuskan kering
  • Bancuh rempah kari kambing tadi sampai pekat @ jadi pes (jangan cair pulak)
  • Panaskan minyak - tumis 4 sekawan sampai naik bau. Masukkan bawang merah, bawang puteh, halia dan daun kari tumis sampai naik bau
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi dan tumis dengan api yang perlahan@sederhana sampai pecah minyak - kacau selalu.
  • Masukkan daging kambing tadi dan gaul rata + tumis bersama rempah tadi seketika...agak-agak dalam 3-4 minit tu baru masukkan air - Masak sampai empuk
  • Kalau airnya mengering tambahkan air lagi...sampai masak la daging tu
  • Dah empuk masukkan kentang..
  • Kemudian masukkan santan (jaga-jaga kangan pecah santan pulak)
  • Garam jangan lupa secukup rasa....




Nilah hasilnya.....hehehee

Tuesday, 7 April 2015

Ice Cream McDonalds PERCUMA

Aramakkk!!! Ice cream percuma?? Sape nak angkat tangan!!!

Nampaknya McDonalds sedang menjalankan promosi ice cream percuma sekarang ni sehingga 30 April 2015. Katanya 1 juta cawan ice cream akan diberikan secara percuma di lokasi kedai McDonalds yang terpilih.

Macamana nak dapat?

Mula-mula gi ke laman sesawang McDonalds atau klik sini (atau iklan dlm page ni)


Lepastu download kupon...macam dalam gambar..print la lepas tu


Lepastu gi la ke premis McDonalds yang terdapat dalam senarai (bukan semua McD ada tau). Kat Kuantan McD yang kat TC ade...

Bacalah dengan tenang dan teliti T&C yang dia tulis dalam kupon tu....

Selamat menjamu selera....

Demak DZM 200

"Superbike" dari Demak - DZM 200.... Harga? Entahlah...orang kat kedai ni kate bawah RM10k

Friday, 3 April 2015

Prepaid@Topup@Prabayar Tetap Kena 6% - Ada Bonus?

Semalam setelah penat memerah otak berbincang antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi JKDM dengan KPDNKK...akhirnya keputusan 'langkah segera' dicapai berkenaan isu topup@prepaid@prabayar telefon yang dikenakan GST 6%.

Semua syarikat telekomunikasi TETAP mengenakan GST 6% ke atas topup@prepaid@prabayar telefon.

Namun, pada masa yang sama mereka menawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan nilai melebihi RM1 bagi kad topup@prepaid@prabayar yang bernilai RM10 (dengan GST RM10.60)

Kalau lebih mahal...lebih lagi la tu...

Kalau ikut berita TV..perkara ini berkuat kuasa serta merta dan sah selama 3 bulan je.... Maksudnya lepas 3 bulan ni (bulan Julai nanti la kot) syarikat telekomunikasi ni kena cari kaedah untuk mengatasi isu ini..... sebab tu tadi aku kate 'langkah segera'....

Yang pakai postpaid?....GST ade dalam bil anda....huhuuuuu...tak ade ape2 'bonus' ke?

Wednesday, 1 April 2015

Roti Gardenia Naik Harga - GST

Bermulanya GST secara rasmi hari ini 1 April 2015..dengan itu juga harga roti 'hampir kesemua' keluaran Gardenia juga berubah naik. 

Roti 'buku' yg biasa-biasa sahaja yang tak naik setakat pengumuman ini.

Roti mcm gambar bawah ni baru je naik kepasa 80 sen, kini naik sebanyak 5 sen kepada 85 sen. Peniaga roti pun cakap dah kat aku pagi tadi pasal kenaikan ni...

Roti Gardenia Jagung 80 sen lepas ni 85 sen

Senarai harga terbaru roti Gardenia bermula 1 April 2015