Friday, 25 December 2015

Kebun Mini... Tanaman Pegaga

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman pegaga...jalukap ja turang

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan ulam...


Kebun Mini... Cili Hijau

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman cili hijau...

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan


Bawah Kereta Proton Wira

Anda pernah lihat bagaimana rupa bawah kereta anda? Mari lihat.....

Ini merupakan bahagian bawah bagi sebuah kereta Proton Wira...





Wednesday, 23 December 2015

Sri Penambang Seafood Kuala Selangor

Edisi JJCM jalan-jalan cari makan kali ini ke gerai kampong tepi sungai yg sempoi tapi meletop katanya..

Lokasi di Sri Penambang Seafood... Pasir Penambang Kuala Selangor - Selangor Darul Ehsan
Apa yg meletop? Menu udang galahnya menjadi bualan..viral..di alam maya..

Semalam tapau dua bungkus mee rebus udang galah. Pehhhhh !!! Entah apa la yang dia campur dalam menu ni... Rasa nak ulang lagi pulak oder..hahaa

Sebungkus mee rebus ni kalau orang kurang kuat makan memang boleh makan 2 orang tu...ada 3 ekor udang galah, telor sebiji dan ayam sikit dalam tu...

Haaa??? 3 ekor udang galah dlm mee tu untuk rege RM9 tu

Mana nak cari? Lokasi Sri Penambang Seafood ni... Kalau dari arah Kuala Lumpur, sampai pekan Kuala Selangor, turun jambatan, jumpa traffic light Giant, depan sikit ada deretan kedai baru sebelah kanan..ada kedai Yang Yang.. Romantika dll...masuk lorong yang hujung sekali..gerai ni kat belalang bangunan tu...dekat jeti nelayan

Atau...sampai traffic light giant tu ambil kanan..masuk kt bangunan kedai baru tu..jln smpi ujung..kedai makan ni kat belakang bangunan tu

Beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. Tutup pada setiap Isnin..

Ok bye...

Menu Sri Penambang Seafood


Pemandangan tepi warong...jeti nelayan

Stok udang hidup tepi warong

Rupa warong udang galah Sri Penambang Seafood...sempoi tak?

Waktu operasi Sri Penambang Seafood

Belakang tu jeti nelayan

Udang galah masak merah

Simpang......dah dekat dah tu....

Friday, 18 December 2015

Kebun Mini.. Berbudi Pada Tanah Dalam Pasu

Berbudi pada tanah... Halaman rumah tak ada tanah tapi dah simen penuh... Maka berbudilah pada tanah di dalam pasu ;-)

Nasiblah kalau ada orang kata "semak"

Tapi... Au rase ok je walau mungkin ada yang kata "semak" sebab..... Best ape kalau teringin je bukak pintu petik... Bukak pintu je kerat... Malam-malam hari pun boleh tuai oooo...

Pokok serai.. pokok cili.. anak betik

Pokok halia...lama lagi nak tuai ni

Daun kari..pokok limau..pokok bunga tak boleh tuai..
Bunga raya putih buat ubat

Pandan.. kunyit.. rosemery.. pudina.. parsley.. misai kucing

Pegaga.. thyme.. cili api

Haaaa.... best tak bukak pintu bleh petik ???