Semalam koi gi stesen minyak nak isi minyak... Yelah sebab rege minyak tak naik tak turun maka koi pun takde la sibuk nak isi aritu... Macam biase koi memang suke isi kat Shell.
Tiba kat simpang stesen tu tetibe koi ternampak ade gambor orang LEGO.... aikkk.. Ade 'miniature' lagi ke?
Rupenye memang benorrr... Soheh ade koleksi terbaru untuk edisi Malaysi - Shell V-Power LEGO® Collection. Pasal ape koi kate terbaru untuk edisi Malaysi sebab kat negara lain pada tahun 2014 dah ade set yang ni..aha ahaaa...
Koleksi kali semestinye dibarisi model-model seksi cun melecun Ferrari diketuai oleh jentera F1 versi 2013 -
F138, 250 GTO, Ferrari 512S, F12 Berlinetta serta 2 playset @ mini figurine iaitu
Fiorani Shell Station dan
Finish Line & Podium Set. Tak cukup dengan itu ada satu lagi model kenderaan edisi terhad iaitu
Limited Edition Shell Tanker Lego®
Macamana nak beli model kereta dan mini figurine ni?
1. Beli Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu
2. Beli Shell FuelSave 95, Shell FuelSave Diesel atau Shell FuelSave Diesel Euro 5 minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM13.90 setiap satu
3. Beli sebotol minyak enjin 4 liter Shell Helix HX5, Shell Helix HX7 atau Shell Helix Ultra - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu
Kali ini setiap model akan dikeluarkan mengikut minggu (rujuk tarikh)
01 November 2015 - F138
08 November 2015 - Shell Station
15 November 2015 - 250 GTO
22 November 2015 - F12 Berlinetta
29 November 2015 - Ferrari 512S
06 Disember 2015 - Finish Line & Podium
13 Disember 2015 - Shell Tanker
Koi belanje skit gambor....