Thursday, 9 April 2015

Resepi Kari Kambing Mudah

Disebabkan aku teringin nak makan kari kambing...maka aku pun cubalah masak sendiri... masak kari kambing sempoi-sempoi saja...

Bahan-bahan: (sukatang kurang lebeh la...)

  • Daging kambing 1 kg (ada tulang sikit-sikit pun ok)
  • Sebungkus rempah kari kambing
  • Kayu manis - sebatang
  • Bunga lawang - 3
  • Cengkih - 5
  • Buah pelaga - 5
  • Bawang merah - 5 biji - hiris
  • Bawang puteh - 3 ulas - hiris
  • Halia - 2 inci
  • Daun kari - 1@2 tangkai
  • Kentang - 1@2 biji
  • Santan kelapa - sebiji@ secukup rasa anda
  • Garam
  • Minyak
  • Air


Bahan pilihan tambahan:
  • Daun limau purut - 4 helai


Cara menyediakan @ memasak:

  • Basuh bersih daging kambing dan tuskan kering
  • Bancuh rempah kari kambing tadi sampai pekat @ jadi pes (jangan cair pulak)
  • Panaskan minyak - tumis 4 sekawan sampai naik bau. Masukkan bawang merah, bawang puteh, halia dan daun kari tumis sampai naik bau
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi dan tumis dengan api yang perlahan@sederhana sampai pecah minyak - kacau selalu.
  • Masukkan daging kambing tadi dan gaul rata + tumis bersama rempah tadi seketika...agak-agak dalam 3-4 minit tu baru masukkan air - Masak sampai empuk
  • Kalau airnya mengering tambahkan air lagi...sampai masak la daging tu
  • Dah empuk masukkan kentang..
  • Kemudian masukkan santan (jaga-jaga kangan pecah santan pulak)
  • Garam jangan lupa secukup rasa....




Nilah hasilnya.....hehehee

Tuesday, 7 April 2015

Ice Cream McDonalds PERCUMA

Aramakkk!!! Ice cream percuma?? Sape nak angkat tangan!!!

Nampaknya McDonalds sedang menjalankan promosi ice cream percuma sekarang ni sehingga 30 April 2015. Katanya 1 juta cawan ice cream akan diberikan secara percuma di lokasi kedai McDonalds yang terpilih.

Macamana nak dapat?

Mula-mula gi ke laman sesawang McDonalds atau klik sini (atau iklan dlm page ni)


Lepastu download kupon...macam dalam gambar..print la lepas tu


Lepastu gi la ke premis McDonalds yang terdapat dalam senarai (bukan semua McD ada tau). Kat Kuantan McD yang kat TC ade...

Bacalah dengan tenang dan teliti T&C yang dia tulis dalam kupon tu....

Selamat menjamu selera....

Demak DZM 200

"Superbike" dari Demak - DZM 200.... Harga? Entahlah...orang kat kedai ni kate bawah RM10k

Friday, 3 April 2015

Prepaid@Topup@Prabayar Tetap Kena 6% - Ada Bonus?

Semalam setelah penat memerah otak berbincang antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi JKDM dengan KPDNKK...akhirnya keputusan 'langkah segera' dicapai berkenaan isu topup@prepaid@prabayar telefon yang dikenakan GST 6%.

Semua syarikat telekomunikasi TETAP mengenakan GST 6% ke atas topup@prepaid@prabayar telefon.

Namun, pada masa yang sama mereka menawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan nilai melebihi RM1 bagi kad topup@prepaid@prabayar yang bernilai RM10 (dengan GST RM10.60)

Kalau lebih mahal...lebih lagi la tu...

Kalau ikut berita TV..perkara ini berkuat kuasa serta merta dan sah selama 3 bulan je.... Maksudnya lepas 3 bulan ni (bulan Julai nanti la kot) syarikat telekomunikasi ni kena cari kaedah untuk mengatasi isu ini..... sebab tu tadi aku kate 'langkah segera'....

Yang pakai postpaid?....GST ade dalam bil anda....huhuuuuu...tak ade ape2 'bonus' ke?

Wednesday, 1 April 2015

Roti Gardenia Naik Harga - GST

Bermulanya GST secara rasmi hari ini 1 April 2015..dengan itu juga harga roti 'hampir kesemua' keluaran Gardenia juga berubah naik. 

Roti 'buku' yg biasa-biasa sahaja yang tak naik setakat pengumuman ini.

Roti mcm gambar bawah ni baru je naik kepasa 80 sen, kini naik sebanyak 5 sen kepada 85 sen. Peniaga roti pun cakap dah kat aku pagi tadi pasal kenaikan ni...

Roti Gardenia Jagung 80 sen lepas ni 85 sen

Senarai harga terbaru roti Gardenia bermula 1 April 2015