Friday, 25 December 2015

Kebun Mini... Tanaman Pegaga

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman pegaga...jalukap ja turang

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan ulam...


Kebun Mini... Cili Hijau

Edisi Kebun Mini kali ini menunjukkan hasil tanaman cili hijau...

Menarikkan jikalau keluar rumah boleh petik sahaja bila memerlukan


Bawah Kereta Proton Wira

Anda pernah lihat bagaimana rupa bawah kereta anda? Mari lihat.....

Ini merupakan bahagian bawah bagi sebuah kereta Proton Wira...





Wednesday, 23 December 2015

Sri Penambang Seafood Kuala Selangor

Edisi JJCM jalan-jalan cari makan kali ini ke gerai kampong tepi sungai yg sempoi tapi meletop katanya..

Lokasi di Sri Penambang Seafood... Pasir Penambang Kuala Selangor - Selangor Darul Ehsan
Apa yg meletop? Menu udang galahnya menjadi bualan..viral..di alam maya..

Semalam tapau dua bungkus mee rebus udang galah. Pehhhhh !!! Entah apa la yang dia campur dalam menu ni... Rasa nak ulang lagi pulak oder..hahaa

Sebungkus mee rebus ni kalau orang kurang kuat makan memang boleh makan 2 orang tu...ada 3 ekor udang galah, telor sebiji dan ayam sikit dalam tu...

Haaa??? 3 ekor udang galah dlm mee tu untuk rege RM9 tu

Mana nak cari? Lokasi Sri Penambang Seafood ni... Kalau dari arah Kuala Lumpur, sampai pekan Kuala Selangor, turun jambatan, jumpa traffic light Giant, depan sikit ada deretan kedai baru sebelah kanan..ada kedai Yang Yang.. Romantika dll...masuk lorong yang hujung sekali..gerai ni kat belalang bangunan tu...dekat jeti nelayan

Atau...sampai traffic light giant tu ambil kanan..masuk kt bangunan kedai baru tu..jln smpi ujung..kedai makan ni kat belakang bangunan tu

Beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 11 malam. Tutup pada setiap Isnin..

Ok bye...

Menu Sri Penambang Seafood


Pemandangan tepi warong...jeti nelayan

Stok udang hidup tepi warong

Rupa warong udang galah Sri Penambang Seafood...sempoi tak?

Waktu operasi Sri Penambang Seafood

Belakang tu jeti nelayan

Udang galah masak merah

Simpang......dah dekat dah tu....

Friday, 18 December 2015

Kebun Mini.. Berbudi Pada Tanah Dalam Pasu

Berbudi pada tanah... Halaman rumah tak ada tanah tapi dah simen penuh... Maka berbudilah pada tanah di dalam pasu ;-)

Nasiblah kalau ada orang kata "semak"

Tapi... Au rase ok je walau mungkin ada yang kata "semak" sebab..... Best ape kalau teringin je bukak pintu petik... Bukak pintu je kerat... Malam-malam hari pun boleh tuai oooo...

Pokok serai.. pokok cili.. anak betik

Pokok halia...lama lagi nak tuai ni

Daun kari..pokok limau..pokok bunga tak boleh tuai..
Bunga raya putih buat ubat

Pandan.. kunyit.. rosemery.. pudina.. parsley.. misai kucing

Pegaga.. thyme.. cili api

Haaaa.... best tak bukak pintu bleh petik ???

Wednesday, 18 November 2015

Perbandingan Nutrisi Susu UHT Dutch Lady

Aku memang suka minum susu Dutch Lady nih...Mesti ada diantara korang nih pun suka juga kan kan kan???

Apa yang korang tengok..perhatikan..atau utamakan apabila korang membeli susu ni?

Mari kita tengok rumusan apa kandungan nutrisi yang ada dalam susu UHT Dutch Lady ni secara perbandingan (sumber info dari kotak-kotak susu berkenaan)



Haa... Sekarang aku nak tanya... apa yang korang paham?

Korang nak Protien? Lemak atau Karbohidrat yang banyak????

Haaaa....dipilih dipilih dipilihhhhh !!!!

1g karb = 4kcal
1g pro = 4kcal
1g fat = 9kcal



Thursday, 12 November 2015

Tanah Runtuh KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

Semalam petang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) berhampiran kawasan Hutan Lipur Lentang.







Laluan kenderaan dari kedua-dua arah telahpun ditutup akibat terhalang dari banjir dan tanah runtuh yang berlaku

Bagi mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur atau ke Pantai Timur... anda dihasihatkan untuk mengikuti jalan dalam / laluan alternatif

Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur (dan sebaliknya)

1. LPT1 - Kelauar Plaza Tol Karak masuk ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

2. Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

3. Kuantan - Muadzam Shah - Kuala Pilah - LEKAS - Kuantan (ni jalan aku waktu banjir tahun lepas..)

Pengguna yang sudah terlepas ke Plaza Tol Bentong:

1. Buat pusingan U sebelum/dekat Plaza Tol Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - Kuala Lumpur

Pengguna dari Kuala Lumpur yang sudah terlepassampai Lentang:

1. Buat pusingan U dekat Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1


Monday, 2 November 2015

Shell V-Power LEGO® Collection 2015 is back!!

Semalam koi gi stesen minyak nak isi minyak... Yelah sebab rege minyak tak naik tak turun maka koi pun takde la sibuk nak isi aritu... Macam biase koi memang suke isi kat Shell.

Tiba kat simpang stesen tu tetibe koi ternampak ade gambor orang LEGO.... aikkk.. Ade 'miniature' lagi ke?

Rupenye memang benorrr... Soheh ade koleksi terbaru untuk edisi Malaysi - Shell V-Power LEGO® Collection. Pasal ape koi kate terbaru untuk edisi Malaysi sebab kat negara lain pada tahun 2014 dah ade set yang ni..aha ahaaa...

Koleksi kali semestinye dibarisi model-model seksi cun melecun Ferrari diketuai oleh jentera F1 versi 2013 - F138, 250 GTO, Ferrari 512S, F12 Berlinetta serta 2 playset @ mini figurine iaitu Fiorani Shell Station dan Finish Line & Podium Set. Tak cukup dengan itu ada satu lagi model kenderaan edisi terhad iaitu Limited Edition Shell Tanker Lego®

Macamana nak beli model kereta dan mini figurine ni?

1. Beli Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu

2. Beli Shell FuelSave 95, Shell FuelSave Diesel atau Shell FuelSave Diesel Euro 5 minimum RM40 - boleh beli model-model tadi pada harga RM13.90 setiap satu

3. Beli sebotol minyak enjin 4 liter Shell Helix HX5, Shell Helix HX7 atau Shell Helix Ultra - boleh beli model-model tadi pada harga RM9.90 setiap satu

Kali ini setiap model akan dikeluarkan mengikut minggu (rujuk tarikh)

01 November 2015 - F138
08 November 2015 - Shell Station
15 November 2015 - 250 GTO
22 November 2015 - F12 Berlinetta
29 November 2015 - Ferrari 512S
06 Disember 2015 - Finish Line & Podium
13 Disember 2015 - Shell Tanker

Koi belanje skit gambor....






Tuesday, 27 October 2015

Karpet Baru Masjid Tanjung Api Kuantan

Alhamdulillah... Nampak gayanya jemaah Solat Jumaat di Masjid Tanjung Api minggu ini nanti pasti rasa kagum dan teruja dengan nikmat karpet baru ni.

Karpet lama telah ditukarkan dengan yang baharu! Karpet baharu ni dipasang dengan tambahan 1 lapisan macam span (kaler merah dalam gambar). Jadi apabila jemaah pijak carpet tu nanti ada rasa macam kaki tu tenggelam sikit..ibarat karpet tebal..

Best! Double jempoll!

Thursday, 15 October 2015

Kadar Baharu Tol Untuk Kereta - 15 Oktober 2015



Hari ini bermula kadar baharu tol di beberapa buah plaza tol..

Berikut adalah kadar tol yang baharu untuk kenderaan jenis KERETA bermula 15 Oktober 2015 di plaza tol yang berkenaan






Sekian...

Kadar Tol Di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong - 15 Oktober 2015



Hari ini bermula kadar baharu tol di beberapa buah plaza tol. Jumlah keseluruhan konsesi yang menaikkan kadar tol ini adalah 10 buah

Berikut adalah kadar tol yang baharu di Plaza Tol Gombak Dan Plaza Tol Bentong yang diumumkan oleh ANIH Berhad bermula 15 Oktober 2015




Sekian...

Sunday, 11 October 2015

Shah Alam banjir

7 Oktober 2015 Shah Alam banjir

Vintage Car Overhaulin

Mr Mat Nayan in Vintage car overhaulin

Tuesday, 6 October 2015

DIY Roda Tayar Anda

Kali ini kita buat kerja kerastangan tukar tayar roda ampaian...

Ape kes bilamana roda tayar ampaian dah tak mahu berpusing..apatahlagi kesudahannya tercabut.. Maka tahap kepayahan untuk menggerakkan ampaian kehulu kehilir memang tinggi...payohh payohh..

Aku pun gi kedai hardware yang ada jual roda yang bersesuaian... Actually aku gi Cowboy je kat sini ni...

Dah beli 4 butir... Balik rumah gi pelangkung roda lama bagi semua tercabut.. Pastu sebab takde alat nak welding maka aku ikat je ketat-ketat dengan cable tied....



Tarraaaa.... Berehhhh... Boleh dah kehulu kehilir....

**Damage: Tak sampai pun RM20...ikut la jenis roda yg anda mau...

Monday, 28 September 2015

Pembinaan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi

Masjid Al-Umm yang dibina di Bandar Baru Bangi sepatutnya telah siap pada Mei 2015. Walaubagaimanapun, kekangan modal menyebabkan pembinaan tergendala. Masjid ini masih memerlukan sekitar RM7 juta untuk menampung kos bagi menyiapkannya. Kos keseluruhan dikhabarkan mencecah RM18 juta

Masjid ini berhampiran dengan Sekolah Bandar Baru Bangi.. Pasar Bandar Baru Bangi... Surau An-Nur dan Darussyifa' Bandar Baru Bangi kendalian Tun Guru Dato' Dr. Harun Din

Sesiapa yang ingin menyumbang bagi pembinaan masjid ini bolehlah menghulurkan sumbangan melalui no akaun dibawah...atau tabung-tabung di Masjid dan Surau sekitar Bandar Baru Bangi

MAYBANK - No. Akaun: 5628-3460-7208
Nama akaun:Tabung Masjid Al-Umm

BANK ISLAM - No. Akaun: 12-029-01-007126-9
Nama akaun:Tabung Masjid Al-Umm


Jika anda memerlukan maklumat lanjut, boleh e-mail @ hubungi nombor berikut:

Pejabat @ HP:  03-8920-1791,  012-684-7906,  019-669-7454,  019-2383944

E-mail: masjidalummbbb@gmail.com

Berikut gambar Masjid yang masih dalam pembinaan ini pada 26 September 2015 (Raya Haji ke-3)





Thursday, 17 September 2015

From Euro 2M to Euro 4M

Effectively...September 2015...

Baru-baru ini pergi isi minyak petrol di stesen minyak Shell. Sambil tunggu pum memindahkan minyak kedalam tangki kereta mata tu tengok la pada nozzle RON 97. Eh...something different.

Ada pelekat Euro 4M

Adehhh...dah lama tak isi RON 97..lupa dah yang RON 97 versi Euro 2M dah diupgrade kepada Euro 4M

Apa dia Euro 4M ni? Ada macam pertukaran mata wang RM kepada Euro ka? Euro ni adalah "Emmission Standard" atau kita panggil piawaian pelepasan asap ekzos kenderaan di negara ahli Kesatuan Eropah (EU).

Apa beza Euro 4M dengan 2M? Bezanya mestilah kuantiti pelepasan bahan-bahan dalam asap ekzos tu seperti kandungan sulfur, benzene dan reid vapour pressure (RVP)

Kiranya asap RON 97 Euro 4M ni lebih bersih, kurang pencemaran dan selamat lah berbanding Euro 2M sebelum ni

Contohnya jumlah sulfur dari 500 ppm menurun kepada 50 ppm.... Vapour pressure dari sekitar 70 kPa menurun kepada 60-65 kPa. Sementara itu kandungan benzene dari 5% menurun kepada 1-3%

Lebih selamat untuk bumi tapi bukan bermaksud anda boleh makan pula asap tu.... ;-)

Tapi ingat...RON 97 je...bukan RON 95 ye.....



Monday, 7 September 2015

Pembayaran Elektronik di Plaza tol Gombak dan Bentong mulai 9 September 2015

Bermula 9 September 2015 ini Plaza tol Gombak dan Plaza tol Bentong akan melaksanakan sistem pembayaran tol menggunakan aplikasi elektronik sepenuhnya.

Maksudnya..HANYA TOUCH & GO dan SMART TAG akan diterima...

Tiada lagi bayaran secara tunai....

Jadi pengguna kena la beli kad Touch & Go.. Atau boleh reload dalam ic bagi pemilik MayKad versi terkini (ada logo Touch & Go kat belakang ic)

Thursday, 27 August 2015

Pahang Merdeka Day 2015

Tahun ini sambutan Merdeka peringkat negeri Pahang akan diadakan di padang Kemunting Kuantan. Padang yaNg berdekatan dengan TM..MPK..HTAA

Apabila ada sambutan Merdeka mesti ada perarakan... Ada perarakan mesti ada rehearsal... Ada rehearsal mesti ade kereta bas parking sana sini... Pastu mesti ada laluan@jalan kena tutup...

Maka pagi tadi dah mula rehearsal... maka jalan nak pergi kerja pun tutup...kena melencong sana sini...

Mana yang naik moto tu sedap la juga selit sana sini...

Bagi yang naik kereta....sabor je lahhhhhhh!

Ni pemandangan di persimpangan lampu isyarat dekat Celcom & LHDN...

Monday, 24 August 2015

The MAGGI® Royale™ Choose Your Own Adventure

Mee Maggi cepat di masak sedap di makan.....la la la laaa.......

Zaman kecik-kecik dulu kalau demam..pekena mee Maggi sebungkus terus baik..hahaa...tak tahu la...mungkin disebabkan setting minda yang jadi macam tu..

Zaman budak-budak dulu...kira-kira 30 tahun lebih...Maggi sebungkus dalam 40 sen gitu la...Sekarang? 80 sen? Seringgit?

Ok...cuma nak cerita sekarang ni Maggi ada buat peraduan... "The MAGGI® Royale™ Choose Your Own Adventure" dengan hadiah utama RM20,000....haaa...banyak tuu!!!..macamana nak masuk peraduan ni? Macam biasa kena la beli Maggi Royale dulu... lepas tu jawab soalan mudah..jawapan susah..kakaka...jawapan nye pilih je BETUL atau SALAH.

Ok...kaedah lebih lanjut boleh tengok gambar di bawah

 Kaedah guna handphone/mobile

Kaedah guna pos/surat


Tak cukup? Nak tau hadiah lain?...Tengok web Maggi atau kalau ade nampak iklan tu kt page/blog ni klik je kat situ...