Tuesday, 31 May 2011

Tarif Baru Elektrik



" Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj, berkuat kuasa esok.

Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu. 


Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Daripada jumlah pengguna domestik itu, 900,000 adalah golongan berpendapatan rendah, manakala 200,000 lagi miskin tegar. "

Orang ramai mula panik. Akupun mula panik waktu mula-mula dengar. Tapi bila dibaca dan teliti betul-betul bagi pengguna macam aku ni takde la kesannya dari segi bayaran bil api. Kenapa? sebab penggunaan bawah 300kWh sebulan...lain la kalau ada bisnes buat kek ke, mesin larik ke atau perkakas yang ber-Watt tinggi yang dipakai kerap...memang la bantai kena batang hidung.

Tapi aku tak nafikan...pasti akan ada kesan sampingan...apa dia? fikir-fikirlah....


Moral of the story:
1. Salahkan pihak tertentu....erkkk???
2. Ada pihak suruh berjimat...ye ke? Islam pun suruh kan? kan kan kan..
3. Tepuk dada tanya diri sendiri...

Monday, 30 May 2011

Apa nak buat..

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ni rasa sepi pulak pejabat ni..rakan-rakan ramai cuti..ada juga yang dengan kerja masing-masing...yang pasti masing-masing "speechless"...eh, betol ke aku eja ni?..


Tadi aku pergi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang...sekali ramai sungguh manusia sedang menunggu.. Nombor di skrin 340, nombor giliran ditangan 524....erkkk...apalagiii....start moto balik laaaaa.....ekekeee....padan muka aku