Thursday, 24 January 2013
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Selamat Menyambut Maulidur Rasul pembaca sekalian. Maulidur Rasul membawa erti Kelahiran Pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Hari ini juga disebut dengan pelbagai nama yang lain dalam bahasa erbeza. Mawlid an-Nabī (Arab), Mevlid-i Şerif (Turki), Zadruz-e Payambar-e Akram (Parsi), Mevlud/Mevlid (Bosnia) dan berbagai lagi.....
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
"Satu-satunya Insan yang orang barat melihatnya pelik. Pelik kerana Insan ini telah lama meninggal dunia..tetapi umatnya masih dituruti apa yang disampaikannya"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment