Tuesday 29 January 2013

Emas naik lagiiiiiiiiiiiii

Wang emas..wang emassss....itu antara dialog Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Emas, satu benda yang sungguh bernilai di alam dunia ini. Bukan sahaja wanita yang tergilakannya, bahkan lelaki juga meminatinya. terdapat dalam pelbagai bentuk seperti perhiasan diri, wang, loket, jongkong dan sebagainya.

Menyimpan emas merupakan satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan yang baik untuk jangkaa masa panjang. Tapi janganlah beli hari ini berangan nak jual semula esok....Yang itu mungkin dah terdesak kot.

Menurut kata pakar emas tempatan, harga emas ni akan naik sehingga AS$1,800/aun tahun ni. Pehhh...berapa tu? Hampir RM5,500 gitu la.....Untuk rekod, sekitar September 2011, harga emas melonjak tertinggi sehingga AS$1,920 (RM5,850) untuk seaun.

Menurut Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holding Bhd., dalam tempoh 2 tahun mendatang harga emas dijangka akan melonjak melepasi paras AS$2,00 (RM6,160) disebabkan permintaan yang tinggi.....Pehhhhhhhh


Jadi jika anda minat melabur emas...silalah........

Payung emas?

No comments:

Post a Comment