Thursday, 16 January 2014

Ducati Malaysia Lancar Motosikal Paling Ringan

Gambar semasa pelancaran (fb Ducati)

Hari ini Ducati Malaysia telah melancarkan motosikal paling ringan di dunia iaitu Ducati 1199 Superleggera. Motosikal ini adalah edisi terhad iaitu hanya 500 unit dikeluarkan untuk seluruh dunia. Manakala pasaran Malaysia hanya 4 unit sahaja !

Berat motosikal ini? Yamaha 125Z beratnya 101 kg (berat kering) , Yamaha RXZ berat 106 kg, manakala Yamaha YZF-R1 176 kg. Tapi Ducati 1199 Superleggera ni katanya hanya 155 kg....dah hampir sama berat Ninja 250 !

Berapa harganya? Kalau tak salah telinga aku tadi...RM450,000 ajeeee......huaaaaaa!!!

Antara shoot lain...Versi studio...





Monday, 13 January 2014

Semak Harga Terkini Komputer, Gajet dan lain-lain

Aku rasa kat sini antara tempat yang bagus untuk semak harga terkini komponen komputer, netbook dan sistem untuk PC....layari Malaysia Hardware Zone dot com

Ada lagi benda-benda lain yang anda boleh semak kat sini...selamat mencuba...

V-Power Racing vs V-Power 97



Is it any difference between V-Power Racing and V-Power 97? Not all gas station have this type of fuel..


Shell V-Power Racing can be used in any car designed to run on unleaded petrol. Their formulations are designed to help cars operate at their best, using powerful cleaning agents and Friction Modification Technology (FMT). The cleaning agents are formulated to control the build-up of deposits in new cars and to assist in removing deposits in older cars. This can help restore performance. And FMT can help cars benefit from friction reduction.

In addition to this, Shell V-Power Racing is a higher octane fuel (minimum RON97) designed to help maximize the performance potential of many modern engines.



The innovative formula in the new Shell V-Power 97 is designed to help you get the most out of your car, no matter what you drive. It’s designed to unlock power more quickly and deliver sustained performance. These special features of new Shell V-Power 97 are designed to make a difference, right from the first fill.
  • A unique formulation that contains components selected for their ability to deliver more power and acceleration through improved combustion, whatever car you drive.
  • 97 Octane formulation is designed to deliver the acceleration potential of all cars.
  • The same Friction Modification Technology used in Shell V-Power race fuel by Ferrari Formula One cars is designed to reduce friction by introducing a surface coating component to protect critical engine parts. This helps unlock valuable energy enabling more efficient energy transfer from the fuel to the wheels. It is designed for improved performance right from the first fill.

original source : shell.com.my

Saturday, 11 January 2014

Kemalangan Superbike di Simpang Pulai - Andalas Bikers

Gambar dari Puchong Bikers

Takziah buat keluarga arwah Suhaimi yang terkorban dalam kemalangan di Simpang Pulai ketika dalam konvoi hari ini bersama pasukan Andalas Bikers. Motosikal mangsa dikatakan terbabas dan termasuk ke bawah lori yang datang dari arah bertentangan

Arwah akan dikebumikan di kampung nya di Pasir Panjang Sekincan. Arwah adalah anak kepada rakan karib ayah aku...En Ali ataupun dikenali dengan nama Ali Kicap atau Ali Lemuju...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang baik

Friday, 10 January 2014

Kemalangan Lotus Elise di Highway Pagoh - 10 Januari 2014


Gambor dari Puchong Bikers

Satu kemalangan telah berlaku membabitkan sebuah Lotus Elise di Highway Pagoh pada 10 Januari 2014. Teruk bebenor keadaan kereta tu. Habis bersepai...rim sukan pun patah

Menurut cerita rodong-rodong..panel-panel badan Lotus Elise dibuat dengan fibre. Kendian panel-panel tu akan dicantumkan menggunakan sejenis epoxy. Haaa....pasal tu la berat kereta ni tak berapa nak berat. Saiz besor tapi lebih kurang berat dengan Kancil 850 je. Sebab dah ringan, dengan enjin 1.8L kete ni boleh pecut 0-100km/h dlm lebih kurang 4 saat.

Harga Susu Tepung Naik

Minggu lepas ketika cuti tahun baru 2014 aku gi beli susu tepung untuk anak-anak aku. Diorang ni minum susu Dutch Lady aje. Itu antara yang termurah dalam kategorinya dan serasi dengan anak-anak aku.

Semalam aku gi beli lagi sebab dah tinggal satu pek kat rumah...aku beli la 2 pek 1kg Dutch Lady 456. Ada harga offer RM19.90. 


Bila aku susun dalam rak kat rumah aku belek harga yang disarankan pada pek berkenaan. Umak aiiii...dah naik rupenye. Masa kat kedai aku cuma belek tarikh luput aje...


Yang ini pek masa aku beli minggu lepas. Harga disarankan adalah RM26.40 (semenanjung)


Yang ini pek yang aku baru beli semalam. Harga disarankan adalah RM28.80 (semenanjung).
Ahaa!!! Sudah meningkat RM2.40 maaaaaa....

Thursday, 9 January 2014

Tarikh Baru Cuti Deepavali 2014

Perhatian!! Perhatian!! Tarikh cuti Deepavali telah ditukar!!!


Surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang SUK.PHG/KPP.004/2.30 JLD.2(34) bertarikh 13 Disember 2013 adalah berkaitan:

Dimaklumkan terdapat perubahan tarikh Hari Deepavali bagi tahun 2014 dari 23 Oktober 2014 (Khamis) ke 22 Oktober 2014 (Rabu) oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.


Sekian, untuk makluman

Wednesday, 8 January 2014

Dapur dK : Sotong Sumbat a.k.a Ketupat Sotong

Nak masak ape? Moh kita cuba buat sotong sumbat pulak...ape nak disumbat dalam tu?

Bahan-Bahan Sotong Sumbat:
Sotong (1kg)..saiz sedang-sedang besar..jangan kecik sangat
Beras pulut - 1 cawan
Gula Melaka / Gula kabung - 1 biji @ secukup rasa
Santan pekat - 1 biji kelapa
Gula pasir - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Daun pandan
Lidi kelapa

Cara Memproses & Memasak:
1. Rendam beras pulut dalam santan pekat...sekitar 30 minit - 1 jam
2. Basuh bersih sotong, keluarkan isi perut dan kepalanya (jangan buang kepala tu)
3. Masukkan beras pulut tadi ke dalam badan sotong (kira-kira 1/3 badan)
4. Tutup bahagian atas dengan lidi kelapa. (Kalau nak letak kepala sotong tadi pastu kelim dengan lidi kelapa pun boleh)
5. Panaskan periuk..masukkan santan dan tambah garam, gula pasir dan gula Melaka / gula kabung.
6. Agak dah panas masukkan sotong tadi dalam periuk.
7. Terjunkan daun pandan bagi menambah aroma
8. Masak sampai pekat santan tadi...

Sekian...selamat mencoba...

Tuesday, 7 January 2014

Kaitan Warna Merah Dengan Tahun Baru Cina


Bila Tahun Baru Cina sahaja, mesti warna merah menyelubungi seluruh persekitaran. Tanglung merah, kertas merah, baju merah, seluar merah, bra merah, seluar dalam merah, stokin merah, kasut merah, topi merah semua nak merah...cat pun merah. Yang palin best 'ang pow' merah...hihii..Tak percaya? Cuba pergi pasaraya, pasti yang bewarna merah ni akan diletakkan dibahagian paling hadapan. Tengoklah iklan-iklan pakaian yang tertentu, pasti temanya adalah merah..merah..merah..red..red.

uuu...merah nya amoi...ada brani pakai?

Apa kaitan warna merah dengan Tahun Baru Cina?

Warna merah sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.