Saturday, 30 November 2013

Satay Zul - among the best in Kuantan

Petang-petang lepas gi mencari beberapa benda di Pakson East Coast Mall Kuantan, aku singgah Terminal Satay Zul di Bangunan Malay Town...apalagi..tapau satey la...Satay Zul ni antara yang kedai satay yang popular di Kuantan ni. Kiranya macam Satay Kajang Haji Samuri yang popular di Kajang dan beberapa kawasan lain...

Koi tapau satey ayam dan satey daging..5 cucuk setiap satu. Cukup la Koi sorang je nak makannye...lama dah dah membeli...dah 70sen harga satey ayamnya...dan 80 sen untuk setiap cucuk satey dagingnya...Kalau tambah 'pressed rice' a.k.a nasi himpit kena tambah 2 hengget.

Resit satay

Satay ayam (kiri), daging (kanan)

Nyam nyam nyam....Besar dan sedap!! Alhamdulillah!!

Friday, 29 November 2013

Tandas Paling Luar Biasa Di Dunia

Wahh !!! Tandas pun ada yang luar biasa? Agak-agaknya macamana la ye rupa tandas tu? Boleh terbang ke? Ke ada apa-apa yang pelik?

Satu kajian yang dijalankan telah mendapati satu tandas yang terletak di Pergunungan Altai di cenuram setinggi 2,600 meter dari paras laut adalah tandas paling ekstrem di dunia. Tandas ini mempunyai pemandangan yang cantik. Ia digunakan oleh pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai.

Tandas berbahaya yang terletak di daerah "Black Heart" itu sudah digunakan sejak 1939

Ini dia tandas yang terletak 2,600 meter dari paras laut. Cantik tak pemandangannya? (myMetro)

Macamana? Anda berani untuk mencuba tandas ini? Silap-silap belum masuk tandas dah terkeluar...


sumber cerita asal : hmetro

Keselamatan Dapur: Selipar Kain versus Selipar Getah

Selipar kain...macam selipar kat hotel tu la jugak..lembut aje..memang sedap dipakai..selesa..berbagai-bagai gambar pulak tu...

Selipar getah..sedap juga dipakai, cuma tak berapa cantek rekabentuknya

Antara dua jenis selipar ni yang mana sesuai dipakai di dapur rumah anda? Kedua-duanya sesuai dipakai... Namun yang paling sesuai adalah selipar getah.

Carilah selipar getah yang agak lembut contoh macam selipar Bata, ataupun 'selipar pantai' yang ada warna hijau merah biru kuning yang kita selalu juga jumpa di Surau ataupun Masjid..jangan cari selipar campuran plastik (yang keras sikit tu)..macam selipar Tat Seng

Kenapa selipar getah lebih sesuai?

Urusan kita di dapur memang macam-macam. Sehinggakan dapur sebenarnya adalah kawasan paling merbahaya untuk anak-anak kita bermain. Bila di dapur kita akan 'deal'...menggunakan peralaan elektrik.

Dalam langkah keselamatan mengendalikan peralatan elektrik, Anggota badan kita (tangan yang menyentuh) mestilah kering. Ini adalah untuk megelakkan berlakunya renjatan elektrik. Harus diketahui bahawa air adalah pengalir elektrik yang bagus.

Apa kaitan kena renjatan elektrik dengan selipar getah? Biasa tengok orang yang melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik? Pasti kasut getah adalah teman setia mereka..

Apabila tubuh seseorang mengalam renjatan elektrik, maka arus akan mengalir dari tempat masuk menuju ke arah bumi (earth). Biasanya kaki adalah anggota yang paling hampir dengan bumi. Maka arus akan keluar melalui kaki. Namun jika kaki kita mempunyai getah (selipar getah) maka arus tadi tidak dapat menembusi ke bumi dan akan terpantul semula (ni pakai bahasa mudah je la...). Kebarangkalian untuk mangsa terlepas dari renjatan tadi masih ada...

Jika ada sambungan ke bumi...maka arus akan mengalir berterusan. Pernah lihat mangsa renjatan elektrik? Biasanya akan ada 2 lubang pada tubuh mangsa kesan dari renjatan. 1 adalah kesan arus masuk dan 1 lagi kesan arus keluar.....

Sekian...selamat berilmu...

Wednesday, 27 November 2013

Bil Elektrik Bawah RM70 Tiada GST? Sebanyak Mana?

Pasti penulisan ini mengundang pelbagai reaksi dari pihak pembaca.....ya...masing-masing punya pendapat tersendiri..

Apabila pihak kerajaan mengumumkan perihal Goverment Service Tax (GST), turut terlibat adalah bekalan elektrik. Bil elektrik pengguna yang berjumlah di bawah RM70 dikatakan tidak akan dikenakan GST. Maka sebanyak manakah bil elektrik RM70 itu? Aku membawa dari segi pengguna domestik sahaja.

Berdasarkan tarif pengguna domestik yang ada sekarang, RM70 ini adalah bersamaan dengan 279 kWh jumlah penggunaan bekalan elektrik. Pengiraan adalah seperti berikut:

200kWh pertama = 200 x 0.218 sen = RM43.60
79kWh seterusnya = 79 x 0.334 sen = RM26.38

Jumlah RM43.60 + RM26.38 = RM69.986

Banyak mana kita dapat guna untuk jumlah 279 kWh sebuan? 

Alatan yang banyak guna tenaga elektrik adalah seperti peti sejuk, cerek elektrik, penyaman udara, streka/iron, oven/microwave, mesin basuh dan electric water heater/shower.

Kita anggapkan kita memang tiada GST, kita lihat bagaimana kita mampu meminimumkan kadar penggunaan tenaga elektrik seharian atau bulanan kita...kalau kita mampu melaksanakannya pasti kita mampu mengelak dari membayar bil yang tinggi

Kadar RM70 bersamaan 279 kWh ini mungkin akan berbeza jika pihak kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik yang baru...akan makin berkurang laaa.....


Besar rumah..tinggi bilnya..
Banyak peralatan elektrik..tinggi bilnya..
Banyak peralatan rosak..tinggi bilnya..
Banyak malas nak tutup..tinggi juga bilnya..


Tuesday, 26 November 2013

Shopping Kat Giant Jimat?

Benarkah membeli-belah di Pasaraya Giant menjimatkan? Ataupun beli barang kat kedai makcik gelap kat umah Koi ni lagi murah?

Sebenarnya ada sebahagian barang yang dijual lebih murah berbanding selalu dan ada juga yang harganya lebih mahal ataupun sama sahaja sengan kedai-kedai lain.

Strateginya kita kena pandai buat perbandingan harga...kena buat 'homework' sikit la..buat pembacaan dan pemerhatian.

Koi berkesempatan singgah kat Giant ni tadi..beli la barang sikit-sikit..Bayar RM22.15...dan tercatat penjimatan RM7.19...sebabnya memang pilih barang yang tulis dalam katalog ada diskaun..hehee



Selamat membeli barang....kalau ada katalog tu belek-belek la dulu

Kemalangan Superbike November 2013

Di sini dihimpunkan antara kemalangan yang melibatkan motosikal berkuasa tinggi a.k.a superbike sepanjang bulan November 2013. Sumber cerita dan gambar adalah dari Puchong Bikers.

Pada kita yang masih memulas trottle..meleper..berhati-hatilah...Semoga ini menjadi panduan buat kita..Pada mangsa yang telah meninggal dunia kita ucapkan takziah ataupun kita sedekahkan Al-Fatihah bagi mangsa  yang beragama Islam. Bagi yang tercedera semoga cepat sembuh dah mampu beraksi semula

02-11-13 Bikers Kelantan menghala ke Perak Bike Weeks overshoot 






02-11-13 Brother Zul Kawasaki Z14 floresent atau Penyamun Tarbus dari Harimau Malaya Bikers bersama isteri kemalangan di tol Jelapang Ipoh semasa nak ke Perak Bike Weeks





06-11-13 Sunny GX -R down kt corner sebelum tol jalan Duta dari KL...mangsa dimasukkan ke Hospital Sg Buloh... 




07-11-13 Arwah Hafiz dari Group Pilot One yang kemalangan di Bagan Ajam Penang.




09-11-13 Arwah Hj Mohammad Fauzi Bin Abdullah  BKX 7290 GTR 1400 yang kemalangan di Ayer Keroh Melaka.. Balik dari program ride amal bersama anak yatim di Pantai Puteri Melaka






10-11-13 Bikers Baneli dan Z1000 yang maut dalam kemalangan di Geliga Kemaman





19-11-13 Kemalangan maut... di Padang Yu Arau Perlis.. kenderaan WMH 6417.. langgar belakang lori.. Mangsa adalah Azihan dari Felda Cuping







23-11-13 Biker 'Rabbit' terlajak di Termeloh....Alhamdulillah selamat.



23-11-13 Bikers R1 terbabas di Karak



23-11-13 Rider Monster (BKD696) down kat koner selepas Terowong Genting Sepah menghala KL. diberitakan rider meninggal dunia



24-11-13 Kemalangan maut di lebuh raya Karak KM49.2 arah Kuala Lumpur. Mangsa Alif Lee Soon Han yang menunggang BMW RR 1000CC (WUT 6893) meninggal dunia ditempat kejadian






25-11-13 Kemalangan melibatkan bikers wanita yang menunggang Honda CBR 250 mengikuti konvoi Ride Amal ke Yala... Kejadian berlaku di Felda Nenering masuk jalan berlobang.... patah kaki





zzz...

Sunday, 24 November 2013

Triumph Tailoring Female Confidence - 1 Utama

Triumph Tailoring Female Confidence event held at 1 Utama. In Partnership with Parkson, Triumph celebrates 127 years of heritage, expertise and style.


Another gallery click here

Kemalangan Superbike di KM49.2 Lebuh Raya Karak

Baru 4 hari lepas sembang-sembang dengan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi...Beliau menunggang Kawasaki Z800..speed biasa pergi kerja 180 katanya..top speed dia pernah bawa 220...moto tu ejos standard boleh capai 250..itu kata dia la...

Hari ini dengar pulak kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi di lebuh raya Karak arah Kuala Lumpur di KM49.2 berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Kejadian sekitar kira-kira jam 10 pagi tadi.

Penunggangnya dikatakan maut ditempat kejadian setelah motosikal BMW 1000cc nya (BMW S1000RR kot?) hilang kawalan ketika diselekoh, terbabas dan melanggar penghadang jalan. Berikutan itu motosikal mangsa terseret beberapa meter dan terbakar.

Berikut adalah gambar motosikal berkuasa tinggi mangsa yang terbakar




Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun berasal dari Bandar Damansara, Kuantan Pahang sedang berkonvoi bersama rakannya yang lain menuju ke Genting Highlands.

Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Video siaran berita TV klik sini

Berikutnya lagi gambar kejadian yang diambil dari laman sosial facebook Puchong Bikers





Kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan

Saturday, 23 November 2013

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2014

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2014

 
  BULAN     TARIKH     HARI  
  JANUARI     23.01.14     KHAMIS  
  FEBUARI     25.02.14     SELASA  
  MAC     25.03.14     SELASA  
  APRIL     24.04.14     KHAMIS  
  MAY     22.05.14     RABU  
  JUN     25.06.14     RABU  
  JULAI     22.07.14     SELASA  
  OGOS     25.08.14     ISNIN  
  SEPTEMBER     25.09.14     KHAMIS  
  OKTOBER     16.10.14     KHAMIS  
  NOVEMBER     25.11.14     SELASA  
  DISEMBER     18.12.14     KHAMIS  

Untong la keje gomen...belom keje tapi jadual gaji dah ada....Rejeki anda la warga gomen....

Versi JPG

Gambar Kemalangan Ngeri Jalan Kuantan-Gambang

Hari ini, awal-awal pagi 23 November 2013 telah berlakunya satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dengan sebuah lori. Kejadian kat kawasan batu 12 atau 13 gitu la.. Tak jauh dari Restoren Marina Ikan Bakar (dulu Restoren Adik Manja), bertentangan dengan kilang pasir/batu tah aku lupa namanya..

Menurut cakap-cakap orang awam, Proton Saga bernombor pendaftaran JCM8402 dipercayai telah menghimpit lori berkenaan berikutan ada kereta yang laju kat belakang Proton tu. Kiranya dia nak beri laluan pada kereta yang laju tu la...Tapi dia tak lepas nak himpit ke kiri apabila ada lori kat sebelah. Lori tu dah mengelak...tapi kena juga...(tak tau la berapa peratus sahih kronologi ni). Apa nasib orang yang berada dalam Proton tu setakat ni Koi pun tak pasti...

TERKINI: Menurut siaran berita TV, kejadian sekitar jam 7.20 pagi.  Proton Saga tu dari arah bertentangan (Gambang). Proton Saga berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan sebelah dan melanggar lori yang datang dari arah Kuantan. pemandu lori tidak mengalami kecederaan. Manakala pemandu dan penumpang Proton Saga meninggal dunia. Sorang meninggal di tempat kejadian dan sorang lagi dalam perjalanan ke hospital.

Apepun, kejadian ni dah menyebabkan Jalan Kuantan-Gambang mengalami kesesakan berkilometer panjangnya pada awal-awal pagi lagi...

Moh tengok antara shoot oleh co-driver Koi pagi tadi...

 En Polis dah jaga line

Ada lagi ambulans yang bersedia 

 Nampak kereta dan lori tu?? 
En polis sedang membungkus sesuatu..

Pandangan sisi...setelah diselamatkan oleh pihak Bomba

Gambar dekat...yang ini dari facebook I love Pahang