Wednesday, 28 August 2013

Free Gift From Dutch Lady !!!



Semalam aku dapat bungkusan dari GDex. Emmm....apelah benda nih, takde pulak aku beli baju je hape ke...

Sekali bukak...ooooo...aku dapat tuala muka daripada Dutch Lady Malaysia. baru aku ingat aku ada redeem hujung bulan 6 aritu...Sampai aku pun dah lupa. Masa tu Dutch Lady ada buat program penebusan tuala muka, tuppeware atau payung. Ada la point yang kena kumpul dari setiap kod bar pek/kotak susu keluaran Dutch Lady



Tarraaa...cute tak?

Ni la hasilnya...aku redeem 4 helai tuala muka...kehkehkeh...Jadi la dapat tuala muka percuma daripada jadi sampah sesaje....saiz dalam 12 inci x 30 inci gitu la....

Terima kasehhhhhh

Sunday, 25 August 2013

Mangsa Dera : Kanak-kanak Perempuan Lima Tahun Telah Meninggal Dunia


12 Ogos lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun didapati telah didera dan disyaki dilakukan oleh ibu beliau sendiri di Ipoh  Perak. 


Tertuduh, Choong Mee Chin, 30, seorang suri rumah dituduh melakukan perbuatan itu  dengan memukul kepala dan seluruh badann kanak-kanak berkenaan menggunakan rotan di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Budak perempuan berusia lima tahun kemudiannya dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Walaubagaimanapun, pada petang hari ini Ahad 25 Ogos 2013, iaitu hampir 2 minggu selepas kejadian, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan telah pun meninggal dunia. 

Semoga kanak-kanak ini mendapat pembelaan yang sewajarnya...

Saturday, 24 August 2013

Pemilik & Plat Bas Masuk Gaung di Jalan Genting Highlands


Asyik-asyik orang tanya aku ape plat bas yang terbalik tu...kebetulan aku ternampak tulisan plat pendaftaran bas masuk gaung kat Jalan Genting Highlands tu pada white board operasi menyelamat tempohari. Bas tu dikatakan milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136.

Senarai Mangsa Terkorban Tragedi Bas Jatuh Gaung


35 daripada 37 mayat korban tragedi bas jatuh gaung di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos lalu telah dikenalpasti identitinya. Menurut pakar dan Ketua Forensik HKL,  Dr Mohd Shah Mahmood, mangsa-magsa adalah:

1. Ng Ah Hen (Male), 70

2. San Chin Shin (Male), 22

3. Bhuiyan Rafique Ali (Male), Bangladesh, seorang warganegara Kanada

4. Kwan Chin Yii (Female), 21

5. Choo Peng Kwan (Male), 66

6. Ahmat Busairi (Male) Indonesia

7. Lee Lain Eng (Female), 66

8. Prem Bahadur Budha Magar (Male), Nepal

9. Lee Chew Wah (Female)

10. Kim Dongo (Male), Korea

11. Loh Kim Lam (Male), 78

12. Chan Ah Hua (Male), 62

13. Udamjist Singh Jit Singh (Male), 41

14. Law Tian Meng (Male), 35

15. Yap Heng (Male), 61

16. Nagendra Rai (Male), Nepal

17. Shukhvir Singh (Male), India

18. Lee Fook Wah (Male), 62

19. Soon Ken Tea @ Soo Chin Chee (Female), 65

20. Chan Lye Huat (Male), 54

21. Tan Chor Boon (Male), 55

22. Tan Kok Moon (Male), 47

23. Low See Kee (Female), 19

24. Tengku Khairul Anuar Tengku Alias (Male), 26

25. Leow Siew Min (Male), 56

26. Arthur Masih (Male), India

27. Chan Fook Choy (Male), 61

28. Yap Mui (Female), 59

29. Kamothip Piamthananurak (Female), Thailand

30. Low Kwai Hing (Male) (kewarganegarannya belum dapat ditentukan)

31. Mohamad Rasib Jantan (Male), 60

32. Kritravee Piamthananurak (Female), Thailand

33. Lim Kok Hoe (bus driver) (Male), 43

34. Sub Moy @ Sak Moy (Female), 65

35. Sek Swi Chan (Female), 53

2 lagi mayat, iaitu 1 lelaki dan 1 wanita masih belum dapat dikenalpasti identitinya

**yang tidak dinyatakan negara adalah warga Malaysia



Friday, 23 August 2013

Nombor Plat Kenderaan Paling Mahal di Dunia


Apakah nombor plat kenderaan paling mahal di dunia? Adakah anda pemiliknya? Apakah anda akan terkejut sekiranya ianya datang dari Malaysia? Ataupun apakah plat WWW1 yang mencatat nilai setengah juta ringgit Malaysia adalah plat paling mahal nilainya di dunia? 

Hint...plat ini baru-baru ini ditawarkan oleh pembeli lain dengan harga RM30.9 juta, yang mana nilai ini mampu membeli enam Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Pastinya bukan di Malaysia......

Plat paling mahal ini sebenarnya berada di London. Plat itu adalah 'F1'. Plat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan, Afzal Khan.

Afzal Khan disamping kereta dengan plat pendaftaran F1

Plat yang menjadi buruan ramai ini dibida oleh Afzal Khan pada tahun 2008 dengan nilai tertinggi dalam sejarah nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain, iaitu sebanyak  £440,000 (RM2.2 juta).

Nampak gayanya, pelaburan beliau tidak sia-sia apabila baru-baru ini ada individu lain menawarkan harga lebih sepuluh kali ganda daripada harga asal, iaitu lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk plat berkenaan. Walaubagaimanapun beliau menolaknya sebab beliau merasakan nilai plat ini lebih tinggi daripada itu.

Buggati Veyron milik Afzal Khan dengan plat F1

Sekarang, plat F1 ini dipasang pada Bugatti Veyron milik usahawan ini.

Selain plat istimewa pada Bugatti Veyron ini, beliau turut memiliki plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plat kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.

Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. - Agensi

Cerita asal dari HMetro & Agensi

Wednesday, 21 August 2013

[Gambar] Nahas Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands








Gambar-gambar nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands 
(Sumber: Berita Harian, Bomba & Penyelamat, Sinar Harian, Facebook)


Hari ini Rabu 21 Ogos 2013 seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi kemalangan bas jatuh ke gaung sedalam 70 meter di KM 3.5 Jalan Gentng Highlands pada jam 2.45 petang. Dikhabarkan bas ini membawa 52 orang penumpang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.

Setakat jam 8.30 malam, dikhabarkan 37 orang disahkan mati. Mangsa yang mati terdiri daripada 25 lelaki (2 Melayu, 20 Cina, 3 India) dan 12 wanita (10 Cina, 1 India, 1 lain-lain) termasuk pemandu bas berkenaan. Antara yang cedera adalah Wong Teraphong (63 - Thailand), Ali Haider Syed Haider (46 - Bangladesh), Saidah (19 - Malaysia), Razif (26 - Malaysia) dan Tan Ming Shing (26 - Malaysia)

Punca nahas masih disiasat...samaada kecuaian pemandu ataupun kerosakan pada sistem bas.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Oktober 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 September 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 November 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 November 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Disember 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - Bernama


sss

Tuesday, 20 August 2013

[Panas] Hot in Blog


Klik punya klik, aku terjumpa 'keyword' ataupun kata kunci yang pelayar-pelayar dan pembaca-pembaca blog aku ni gunakan dalam menemui blog ini.....seperti berikut


Keywords 

  • arsenal pemain baru
  • apa yang percuma 3 tahun servis percuma perodua 
  • barcelona rekod uefa 
  • bahaya tidur pakai bra 
  • curi seluar dalam di sidai di luar 
  • curi coli 
  • curi bra 
  • curi bra di ampaian 
  • dkdayat.blogspot.com 
  • dkdayat.blogspot.com jadual-peperiksaan-spmu-upsr-pmr-stam 
  • dumex dupro 
  • elcb
  • gaji kimpalan yang paling mahal 
  • gaji pemain bola sepak
  • gambar kemalangan 15 ogos 2013 
  • gambar kemalangan kuantan 
  • gardenia sabah 
  • harga emas mahal murah
  • harga siling ayam 2013 
  • harga roti gardenia 
  • intai mandi bogel 
  • jadual waktu berbuka
  • jadual peperiksaan
  • jalan sehala di kuantan 
  • jalan sehala kuantan 
  • jenis pencawang elektrik 
  • jualan mega sogo 
  • jual bra terpakai 
  • kabinet malaysia 2013 
  • kebaikan bawang besar bagi lelaki 
  • kod susu dumex yang di tarik balik 
  • kod susu yang ditarik balik 
  • kolej pacific kuantan profile 
  • koleksi seluar dalam curi 
  • koleksi bra 
  • mamex cherish 
  • mandi bogel 
  • maxis celcom digi
  • menteri kabinet 2013 
  • mimpi basah 
  • papan suis utama
  • pencawang elektrik 
  • pencawang berbangunan 
  • proton suprima s 
  • promosi telefon
  • sejarah takbir raya 
  • senarai menteri kabinet 2013 
  • senarai susu dumex yang ditarik balik 
  • skodeng mandi 
  • susu ditarik dari pasaran 
  • susu dumex 
  • susu dumex dupro 
  • susu dupro 
  • susu dutch lady 123 murah
  • tidur bogel 
  • tidur pakai bra 
  • van milo
  • video skodeng mandi 
  • video lambung anak
  • zoo negara 

jadi...macam-macam yang orang cari kat sini rupenye...siapa la ye


sss

Senarai agensi yang ada di UTC Kuantan Pahang

Bangunan UTC Pahang

Masa Operasi : 8.30 pagi – 10.00 malam, Isnin – Ahad ( Kecuali Cuti Umum)

Senarai agensi yang ada di UTC Kuantan Pahang adalah seperti berikut:

ARAS BAWAH

1. MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)
2. PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN ( PTG) & PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN
3. JABATAN AGAMA ISLAM ( JAIP)
4. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG
5. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ( SPA)
6. BAHAGIAN PERUMAHAN PEJABAT SUK PAHANG
7. MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG ( MUIP)
8. PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG
9. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG ( PKNP)
10. PERBADANAN KEMAJUAN BUKIT FRASER ( PKBF)
11. YAYASAN PAHANG
12. KOLEJ ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH ( KIPSAS)
13. PAHANG SKILL DEVELOPMENT CENTRE ( PSDC)
14. KLINIK RAKYAT & KLINIK GIGI 1 MALAYSIA
15. KIOSK POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM)
16. AR- RAHNU ( YAPEIM)
17. PERNIAGAAN MAKANAN & MINUMAN SERTA GERAI PELBAGAI

ARAS SATU

1. JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
2. JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
3. E- PEROLEHAN
4. JOBS MALAYSIA
5. JABATAN TENAGA KERJA
6. JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
7. AMANAH IKHTIAR MALAYSIA ( AIM)
8. MAJLIS AMANAH RAKYAT ( MARA)
9. PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD ( PUNB)
10. TEKUN NASIONAL
11. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL ( PERKESO)
12. GALERI PENGANTIN 1 MALAYSIA

ARAS DUA

1. PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD ( PAIP)
2. JABATAN PENGANGKUTAN JALAN( JPJ)
3. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN)
4. PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL ( PTPTN)
5. SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT ( SPAD)
6. PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM ( PPSPPA)
7. LEMBAGA TABUNG HAJI
8. AGRO BANK
9. SME BANK
10. POS MALAYSIA
11. TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB)
12. TELEKOM MALAYSIA
13. MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG
14. MAJLIS PENDEKAR NEGERI PAHANG
15. PERSATUAN RADIO AMATUR NEGERI PAHANG ( PERAMAH)
16. BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) NEGERI PAHANG
17. ALL BIKERS CLUB
18. PEJABAT PENGURUSAN BANGUNAN UTC

ARAS TIGA

1. PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
2. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ( JKM)
3. LEMBAGA PENDUDUK & PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA ( LPPKN)
4. PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA
5. GYMNASIUM/ STUDIO AEROBIK & JAMMING/ POOL TABLE/ INDOOR ARCHERY GAME
6. BILIK MESYUARAT UTC

LAIN- LAIN PERKHIDMATAN

1. SURAU LELAKI & WANITA ( ARAS 1, 2 & 3)
2. PUSAT JALUR LEBAR ( Wi- Fi)
3. PENYAMBUT TETAMU ( RECEPTIONIST) – SETIAP ARAS
4. AUTO TELLER MACHINE & CASH DEPOSIT MACHINE ( ARAS BAWAH)
5. TANDAS LELAKI & WANITA ( SETIAP ARAS)
6. GELANGGANG FUTSAL BERBUMBUNG ( HADAPAN BANGUNAN UTC)
7. LOT PERNIAGAAN PASAR TANI ( HADAPAN BANGUNAN UTC)
8. Gerai Pelbagai – 21 Lot (Aras Bawah)

9. Medan Selera – 24 Lot (Aras Bawah)

Semoga dapat membantu anda...

Jadual Peperiksaan SPMU, UPSR, PMR, STAM, SPM, KV & PAV 2013




Takwim Peperiksaan / Tarikh Peperiksaan / Jadual Peperiksaan 2013 Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaiaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Kolej Vokasional (KV), Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)Takwim Peperiksaan / Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaiaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Kolej Vokasional (KV), Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) : klik gambar di bawah




Jadual peperiksaan PMR 2013 (calon biasa) : klik sini

Jadual peperiksaan PMR 2013 Calon berkeperluan khas) : klik sini

Jadual peperiksaan SPM 2013 : klik sini

Hint peperiksaan

Sumber : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saturday, 17 August 2013

D.I.Y : Kerja-kerja Paip & Elektrik

Hujung minggu tiba..orang ber hari raya...aku pulak ber tukang paip...hehee. Edisi D.I.Y Kali ini bukan pasal paip rosak tapi sengaja cari penyakit...upgrade single pipe jadi 2 way pipe. Satu berkepala paip dan satu lagi untuk hose.


Pastikan cukup segala senjata-senjata anda untuk bertukang. Seperti dalam gambar, aku perlukan spanar boleh laras (jika perlu), playar besar (perengkoh paip aku takde), selotep paip, tee joint, connector, kepala paip jenis berbibir (jangan jenis bertiang pulak) dan sedikit ilmu (yang ni takde dalam gambar).

Pastikan semua bahagian treat @ benang dibalut dengan selotep paip. Ini untuk mengelakkan leaking @ air keluar dari tempat yang disambung. Setelah selesai, sila sambung mengikut citarasa anda...Citarasa aku seperti gambar di bawah


Setelah selesai, sila buat ujian...pastikan tiada air yang keluar dari tempat yang anda sambung. Jika ada, anda kena buka semula dan tambahkan selotep paip pada bahagian itu. Tapi kalau kepala paip yang keluar air janganlah anda selotep jugak...heheee...

Sekali harini bukan setakat repair paip, kena repair suis lampu stor la pulak....nasibbbb....Bila mana aku nak simpan alatan tadi petik suis stor tapi tak berfungsi....Nasib la ada spare suis 1 way 1 gang kat umah...pasang je la wehhh..


Ok...selesai dah D.I.Y aku hari ini...anda boleh cuba pulak

Thursday, 15 August 2013

[Gambar] Kemalangan Treler Terbalik Dekat Kampung Bukit Tinggi

Hari Raya 2013...Lebuh raya sesak...Jalan persekutuan juga sesak. Cuti panjang menyebabkan kesesakan juga berlarutan dari hari ke hari. Kalau lepas raya dari arah pantai rimur ke Kuala Lumpur, melalui LPT, Karak...kawasan Bentong ke Genting Sempah memang menjadi kawasan yang mengalami kesesakan yang teruk.

Hari ini, 15 Ogos sebuah treler pulak terbalik dekat-dekat dengan kampung Bukit Tinggi. Menurut empunya cerita la....panjang berkilometer kesesakannya...tinggal satu lorong je boleh lalu....certia banyak tak guna...ce tengok je gambarnya...




 (kesemua gambar di atas jalan ini daripada laman f/b kulaan Azlan Bashah )

ko tengok la kat mana kawasan tu....

** Gambar kemalangan di lPT/ kemalangan di karak/ kemalangan di Bentong/ kemalangan di Genting Sempah

Uji Minda..Siapakah Pemain Ini?

Siapakah pemain ini?

(Image: AP Photo/Scott Heppell)

Ini adalah gambar yang agak lama...pada 18 Febuari 2012..Ini adalah reaksi salah seorang pemain Arsenal setelah tewas kepada pasukan Sunderland yang mana sekaligus menamatkan perjalanan The Gunners dalam pusingan ke-5 Piala FA di Stadium of Light, Sunderland England. The Gunners tewas 0-2 ketika itu...

Persoalannya...siapakah pemain ini? Ce teka...ce teka

10 Best New EPL/BPL Players



YAYA SANOGO [ARSENAL]

Athletic, pacey and... hailing from France, Yaya Sanogo is the quintessential Arsene Wenger purchase. The 20-year-old forward arrived on a free transfer from French club Auxerre  – and if his pre-season form is anything to go by, Sanogo will very quickly be less of a complete unknown than an exciting diamond in the rough.

KEVIN DE BRUYNE [CHELSEA]

Signed for £7m as far back as January last year, Kevin De Bruyne went on to spend the season on loan at German side Werder Bremen. There, the Belgian international blossomed into a versatile midfielder, capable of traipsing either flank or the middle of the park. Wherever he plays, his movement and vision conjure chances out of thin air, enforced with exceptional ball delivery in the final third. It’s all attack, attack and attack for the 22-year-old prospect, and he does it incredibly well.

IAGO ASPAS [LIVERPOOL]

Already earmarked as a replacement for the wantaway Luis Suarez, and it’s not hard to see why. Iago Aspas can play anywhere across the frontline, and enjoys roving back into midfield to launch attacks by running wide and then slicing in from the wings. Like Suarez, the 26-year-old is fleet-footed and unafraid to take on defenders. The Spaniard has a similar knack for indiscipline, too -- elbowing, head-butting, diving, Aspas has done it all. A former coach called him “part Messi, part monster” -- if the ex-Celta Vigo man can keep his temperament in check, he could yet prove to be a bargain at only £7.7m.

WILFRIED ZAHA [MANCHESTER UNITED]

Fergie’s final signing at Old Trafford is already drawing comparisons with another whizkid once pushed into the limelight by the retired Man Utd boss. Wilfried Zaha’s rangy lower body, searing bursts of pace and all-round youthful bravura unmistakably evoke a raw Cristiano Ronaldo. Send him powering down the flanks and the £15m transfer from Crystal Palace is extremely difficult to take down. At only 20, Zaha earned his first senior England cap last year, and with player-coach-legend Ryan Giggs guiding him, the future is bright.

PAULINHO [TOTTENHAM HOTSPUR]

He was named the 3rd best player at this year's Confederations Cup, behind only Andres Iniesta and Neymar, for good reason. Paulinho’s midfield industry and lung-busting box-to-box play was thoroughly critical to Brazil’s eventual success. The 25-year-old presses and tackles with the fierce, single-minded purpose of protecting his back four, before propelling the team forward through expertly-timed runs and dynamic creativity. At £17m from Corinthians, an absolute steal for Spurs.

ANDRE SCHURRLE [CHELSEA] 

Not since Didier Drogba have Chelsea possessed a true finisher equally adept both inside and outside the box. But the arrival of highly-rated Andre Schurrle is set to change that. What the 22-year-old German lacks in size and power, he makes up for with superb fitness, work-rate and pace. Trust this £18m signing from Bayer Leverkusen to torment more than an EPL defence or two.

JESUS NAVAS [MANCHESTER CITY]

Spanish right-winger Jesus Navas, 27, plays a game as simple as it gets. Run at the opposition left-back, beat the left-back, cross the ball -- rinse, repeat. Predictable and straightforward, but incredibly effective: the World Cup winner launched a table-topping 51 unerring crosses for former club Sevilla last season. Man City fans are already salivating at the potential destruction to be wreaked by their new £21.3m purchase combining his speed, dribbling and nifty ball control with rock-solid right-back Pablo Zabaleta.

STEVAN JOVETIC [MANCHESTER CITY]

Keep your eye on this one -- if the amount of hype floating around Montenegro striker Stevan Jovetic is to be believed, the 23-year-old will be soon be setting the Premier League ablaze. City paid Fiorentina £22m for his reportedly unplayable touch, technique, dribbling, passing, tactical awareness, shooting and poaching instincts. Truly a class apart, claim Jovetic's admirers -- and amongst them is Montenegrin icon Dejan Savicevic, who bravely ventured to say: “he reminds me of Johan Cruyff".

ALVARO NEGREDO [MANCHESTER CITY]

City's new number nine appears to be more than fit for the job. Alvaro Negredo, 27, was the fourth top scorer in La Liga last season with 25 league goals, trailing only Lionel Messi, Cristiano Ronaldo and Falcao. The ex-Sevilla hitman's finishes were all applied from inside the penalty area, where defenders struggle to handle his imposing six-foot presence both in the air and on his lethal left foot. Provide him with half-decent service and the Spaniard promises the goals to make his £24m price-tag's worth.

ROBERTO SOLDADO [TOTTENHAM HOTSPUR]

Spurs look to have finally solved their striker crisis with this club-record £25.9 million buy from La Liga's Valencia. Roberto Soldado, the new number nine at White Hart Lane, is a classic in his position. He loiters on the shoulder of the last defender, waiting to draw on bursts of pace to cleverly beat his marker or the offside trap, then meeting through-balls and finishing with one touch using either foot or head. The 28-year-old Spanish international is set to assume primary predator duties for Spurs, banishing the inconsistent duo of Emmanuel Adebayor and Jermain Defoe to the bench for good.


Originally : Yahoo sport news

Wednesday, 14 August 2013

Kuantan: Ibu Tunggal di Tembak Dalam Kejadian Samun Kenderaan

Lepas satu..satu..satu..satu lagi dan lagi. Makin menjadi-jadi pulak kejadian tembak-menembak..letup meletup. Dari satu negeri ke satu negeri.

Terbaru, seorang ibu tunggal yang juga pengusaha kedai optometri (kaca mata dll) telah ditembak dalam kejadian pada sekitar jam 4 pagi. Wanita berkenaan, Ruzelawati Basri, 35 tahun mengalami kecederaan di mata kanan setelah terkena serpihan kaca yang ditembak oleh penjenayah.

Alkisahnya seperti yang diceritakan kepada Bernama...wanita ini keluar dari rumahnya di Taman Mirama pergi isi minyak sekitar jam 4 pagi. Lepas isi beliau berhenti ditepi Jalan Haji Ahmad 'call' ex-husband dia kat Putrajaya. Tiba-tiba Toyota Alphard (MPV) yang dipandu beliau didatangi oleh sebuah kereta berwarna biru gelap. Lelaki dair kereta berkenaan memegang pistol dan mengetuk Alphard mangsa dan mengarahkan membuka pintu.

Terkejut...mangsa terus memecut kenderaanya. Dalam masa yang sama cermin kenderaan mangsa pecah terkan tembakan.

200 meter dari tempat kejadian mangsa memberhentikan kenderaannya berhampiran sebuah restoren dan meminta bantuan orang ramai


Siasatan awal Polis mendapati tembakan mengenai pintu sebelah kiri Toyota Alphard mangsa. Motif dipercayai adalah 'carjacking' (samun kenderaan)

Adusss...

Monday, 5 August 2013

Susu Ditarik Dari Pasaran: Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac



Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd telah menarik balik produk Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac dari pasaran sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan berkemungkinan mengalami pencemaran botulism.

Produk susu Dumex yang ditarik balik adalah:

Dumex Dupro Step 2 - batch numbers 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 and 05233B1;

Mamex Cherish Step 1 - batch numbers 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 and 06213B1;

Mamex Explore Step 2 - batch numbers 06093T1, 06123R1, 06213B1 and 06213B2;

Bebelac Step 2 - batch numbers 05023R1 and 05033R1.

Sunday, 4 August 2013

Hamba SEKS

"10 minit aje...10 minit aje" kata kata pemberi tazkirah pagi tadi. 10 minit suda cukup untuk kita memahami. Kalau panjang-panjang nanti mula hilang fokus. Itupun ada yang dari awal memang sudah tidak fokus. Tak percaya? tengok waktu Khutbah Jumaat...Khutbah tidak panjang tapi ada segelintir yang sudah 'mula faham' walaupun Khatib belum mula baca khutbah..

Baiklah, kita adalah HAMBA SEKS! Uishhh...jika anda rasa tazkirah ini akan mengganggu sensitiviti anda, atau akan menjadi 'harassment' silalah beralih ke post lain..Jika anda ingin menimba pengetahuan..silalah...

Ape bendenya nih? SEKS....rata-rata semua orang tau...rata-rata semua orang suka padanya. Sebab?? Yang menyeronokkan itu memang kesukaan manusia...

Manusia adalah hamba SEKS...sebenarnya SEKS di sini membawa maksud yang lain...iaitu Suka/Selalu Engkar Kepada SuruhanNya. Percaya atau tidak sebilangan besar manusia adalah Hamba yang Suka/Selalu Engkar Kepada SuruhanNya.

Kita lihat situasi hari ini. Banyak kejadian jenayah dan perkaya yang tidak elok berlaku...Kecurian, pergaduhan, pembunuhan, anak rompak ayah, cucu pukul nenek dan sebagainya. Tidak wajar untuk kita menyalahkan pentadbir sepenuhnya dalam hal ini. Kerana ianya berbalik kepada individu itu sendiri. Jika baik individu itu maka InsyaAllah baiklah ia...

Namun jika individu itu selalu engkar pada perintah-perintah Allah...bagaimana untuk dia membuat kebaikan, menuju ke jalan Allah...

Allah kata janga membazir...Tapi kita gi bazar..gi pasar beli berbagai..Hujungnya tak habis..

Allah kata tutuplah aurat...Ya, dah buat tapi bukan sekadar tutup...malah siap pakej 'balut'

Allah kata dirikanlah solat...Tapi ita hanya kerjakan solat..

Sekian....Wassalam....

Friday, 2 August 2013

D.I.Y: Pasang Wallpaper Sendiri

Hujung minggu....Raya hampir tiba..Maka aku buat aktiviti memasang wallpaper (kertas dinding) kat rumah sendiri. Dah lama orang suruh pasang, tapi tak jugak pasang-pasang..kahkahkah...sekali pasang masa Ramadhan hambek kau!!! kahkahkah..

Ok...inilah kaedah memasang wallpaper sendiri. Apa yang diperlukan ialah wallpaper secukupnya, pisau untuk potong lebihan atau kertas wallpaper, pita ukur, pembaris, scope, tangga, dan yang penting adalah gam! Satu lagi...penglihatan yang tajam tenaga yang hebat...kehkehkeh


Korang ukur la tinggi dinding, kemudian potong wallpaper mengikut ukuran tadi (tapi lebihkan sedikit untuk security step..hehee)..

Pah tu, sapu gam pada keseluruhan bahagian belakang wallpaper. Lipat bahagian atas sampai ke tengah, dan bahagian bawah ke tengah. Pah tu tampal la kat dinding...Adjust mana yang senget..Cunakan scope untuk buang gelembung dan merapikan bahagian sudut atas dan bawah serta bahagian sudut-sudut lain jika ada. Kertas yang lebih tu potong laaa....

Pasal gam tadi...pakar kata cari yang jenis serbuk pastu bancuh sendiri. Tapi aku cari tak jumpa aku pakai jenis cecair dah siap. Sekali punya la berat nak sapu...pehhh!!

Kemudian ulangi step tadi sampai la siap semuanya.

Dinding ni tak la besar sangat, tapi dari jam 8 sampai jam 2 petang aku buat baru siap...puasa pulak tu...pehhh..memang mencabar. Memang kena la upah pasang sekitar RM150/gulung yang orang tu cakap. Aku pasang 3 gulung nih....pehh...RM450 kena bayar kalau aku suh orang pasang nih...

 Satu gulung aku dapat 3 potong

 Sudah siap..

Bahagian sebelah...siap gak

Jenuh menyamakan bunga tu wehhh...belom lagi garisan...gelembung...memang tinggi skill....hihihiiii

Selamat mencuba bagi yang mahu...Semoga berjaya...Semoga berjaya !!!!!