Sunday 25 August 2013

Mangsa Dera : Kanak-kanak Perempuan Lima Tahun Telah Meninggal Dunia


12 Ogos lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun didapati telah didera dan disyaki dilakukan oleh ibu beliau sendiri di Ipoh  Perak. 


Tertuduh, Choong Mee Chin, 30, seorang suri rumah dituduh melakukan perbuatan itu  dengan memukul kepala dan seluruh badann kanak-kanak berkenaan menggunakan rotan di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Budak perempuan berusia lima tahun kemudiannya dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Walaubagaimanapun, pada petang hari ini Ahad 25 Ogos 2013, iaitu hampir 2 minggu selepas kejadian, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan telah pun meninggal dunia. 

Semoga kanak-kanak ini mendapat pembelaan yang sewajarnya...

No comments:

Post a Comment