Wednesday 14 August 2013

Kuantan: Ibu Tunggal di Tembak Dalam Kejadian Samun Kenderaan

Lepas satu..satu..satu..satu lagi dan lagi. Makin menjadi-jadi pulak kejadian tembak-menembak..letup meletup. Dari satu negeri ke satu negeri.

Terbaru, seorang ibu tunggal yang juga pengusaha kedai optometri (kaca mata dll) telah ditembak dalam kejadian pada sekitar jam 4 pagi. Wanita berkenaan, Ruzelawati Basri, 35 tahun mengalami kecederaan di mata kanan setelah terkena serpihan kaca yang ditembak oleh penjenayah.

Alkisahnya seperti yang diceritakan kepada Bernama...wanita ini keluar dari rumahnya di Taman Mirama pergi isi minyak sekitar jam 4 pagi. Lepas isi beliau berhenti ditepi Jalan Haji Ahmad 'call' ex-husband dia kat Putrajaya. Tiba-tiba Toyota Alphard (MPV) yang dipandu beliau didatangi oleh sebuah kereta berwarna biru gelap. Lelaki dair kereta berkenaan memegang pistol dan mengetuk Alphard mangsa dan mengarahkan membuka pintu.

Terkejut...mangsa terus memecut kenderaanya. Dalam masa yang sama cermin kenderaan mangsa pecah terkan tembakan.

200 meter dari tempat kejadian mangsa memberhentikan kenderaannya berhampiran sebuah restoren dan meminta bantuan orang ramai


Siasatan awal Polis mendapati tembakan mengenai pintu sebelah kiri Toyota Alphard mangsa. Motif dipercayai adalah 'carjacking' (samun kenderaan)

Adusss...

No comments:

Post a Comment