Friday, 23 August 2013

Nombor Plat Kenderaan Paling Mahal di Dunia


Apakah nombor plat kenderaan paling mahal di dunia? Adakah anda pemiliknya? Apakah anda akan terkejut sekiranya ianya datang dari Malaysia? Ataupun apakah plat WWW1 yang mencatat nilai setengah juta ringgit Malaysia adalah plat paling mahal nilainya di dunia? 

Hint...plat ini baru-baru ini ditawarkan oleh pembeli lain dengan harga RM30.9 juta, yang mana nilai ini mampu membeli enam Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Pastinya bukan di Malaysia......

Plat paling mahal ini sebenarnya berada di London. Plat itu adalah 'F1'. Plat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan, Afzal Khan.

Afzal Khan disamping kereta dengan plat pendaftaran F1

Plat yang menjadi buruan ramai ini dibida oleh Afzal Khan pada tahun 2008 dengan nilai tertinggi dalam sejarah nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain, iaitu sebanyak  £440,000 (RM2.2 juta).

Nampak gayanya, pelaburan beliau tidak sia-sia apabila baru-baru ini ada individu lain menawarkan harga lebih sepuluh kali ganda daripada harga asal, iaitu lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk plat berkenaan. Walaubagaimanapun beliau menolaknya sebab beliau merasakan nilai plat ini lebih tinggi daripada itu.

Buggati Veyron milik Afzal Khan dengan plat F1

Sekarang, plat F1 ini dipasang pada Bugatti Veyron milik usahawan ini.

Selain plat istimewa pada Bugatti Veyron ini, beliau turut memiliki plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plat kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.

Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. - Agensi

Cerita asal dari HMetro & Agensi

No comments:

Post a Comment