Saturday, 30 March 2013

Liga Super Matchday 11 Result (29 & 30 Mac 2013)

2 perlawanan berlangsung pada hari Jumaat dan 4 perlawanan pada hari Sabtu. Lion XII berjaya merampas pendahulu carta setelah menundukkan Negeri Sembilan 1-0. Selangor berada di tangga ke dua, ketinggalan 1 mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Felda United.

Kelantan berbalas gol dengan ATM. Namun kemenangan berpihak kepada Kelantan apabila berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan. Kelantan 3, ATM 2

Kemenangan yang ditunggu akhirnya tiba juga apabila Pahang meraih kemenangan bergaya selepas menundukkan T-Team 3-1. Dalam 5 perlawanan sebelum ini, Pahang mencatat keputusan yang tidak memuaskan.

Keputusan lain Liga Super 2013 matchday 11 seperti berikut:


Sekian....carta belum update

Panjat pagar curi seluar dalam, bra, tudung



MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.

Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.

Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.


“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.

Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.

Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.

“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.

Psss....kena sidai dalam umah pas nih

Berita dan gambar dari SinarHarian

Friday, 29 March 2013

Jadual Exam SOST 20122013-2

Untuk rujukan. Seperti yang tertampal di papan kenyataan (sah sehingga ada perubahan).









Good Luck, Semoga Berjaya !!!

Thursday, 28 March 2013

Lihat "Filem Star Wars" Dari Atas Moto

Lampu merah...maksudnya berhenti. Maka terhenti di persimpangan Taman Tas Kuantan. Ada pulak sebuah superbike berhenti kat sebelah aku. Haishhh...kecik je moto aku, hahaha....100cc, moto dia Kawasaki Z1000. 10 kali ganda kuasa cc moto dia dari moto aku.

Lampu dah hijau..maka jalan laa...Sekali superbike tadi bawak slow pulak..dalam 60-80 je. Dia potong aku, aku potong dia, dia potong lagi, aku potong lagi. Aik...saje je ke? Takkan la power 10 kali ganda ke bawah ni nak ajak race...kahkahkah. Tapi aku twist persepsi aku, aku rasa rumah dia kat situ..takpun dia tengah usha kedai kat tepi-tepi tu.

Apa yang menariknya, ketika superbike tu leading dan aku dok cucuk angin belakang dia (ye la...slow je bleh la cucuk), aku rasa aku seperti sedang menonton filem 'Star Wars' pulak bila melihat rekabentuk belakang motosikal tu. Sungguh futuristik pada firasat aku. Rekabentuk tayar, tail-light, signal, dan aku rasa yang paling menarik adalah exhaust dia!!!

Kawasaki Z1000

Amacam..futuristik tak exhaust ni?

Tapi...superbike ini juga yang menarik..hihii...MV Agusta F4

Abeh...

Wednesday, 27 March 2013

Tahukah anda : Lebih 640 ribu Gigabyte data bertukar tangan dalam masa satu minit di internet!

Kita menimba maklumat sebentar dalam satu minit.....


Intel telah memberi beberapa data yang menarik mengenai penggunaan internet baru-baru ini. Lebih banyak peranti yang kini menggunakan internet untuk mengakses data, yang juga bermaksud lebih banyak data sedang bertukar tangan sekian hari.

Tak banyak orang tahu data yang mereka akses setiap hari itu adalah sebahagian daripada jumlah data yang besar, yang merentasi rangkaian-rangkaian yang dinamakan Internet. Dari mendengar musik, menonton video, memuat-turun gambar, main game dalam talian – semua ini menggunakan data yang besar. Lebih 640 ribu Gigabyte data bertukar tangan dalam masa satu minit di internet!

Antara fakta menarik lain dalam satu minit di internet:
1. 639,000 GB data dimuat-turun secara global
2. Twitter : 320 akaun baru dibuat, 100,00 kicauan baru dibuat
3. Youtube: 30 jam video dimuat-naik, 1.3 juta video ditonton
4. Facebook : 2777,000 daftar masuk, 6 juta muka surat dibaca
5. Google : 2+ juta carian dibuat

Hari ini, jumlah peranti yang bersambung ke internet bersamaan dengan jumlah populasi dunia. Bayangkan – 7 bilion peranti sedang menggunakan internet sekarang. Dalam masa dua tahun – 2015 – jumlah ini akan berganda dua kali.

Di tahun yang sama, anda perlu mengambil masa lima tahun untuk menonton video-video yang merentasi rangkaian internet setiap saat. Lima tahun video bertukar tangan setiap saat. Soalan cepu emas – rangkaian kita sekarang boleh sokong ke?




Tuesday, 26 March 2013

[Video] Lewis Hamilton (Mercedes) salah Masuk Pit : F1 Sepang 2013

Apabila Michael Schumacher meninggalkan pasukan Mercedes, tempat beliau telah diambil alih oleh Lewis Hamilton. Pada perlumbaan F1 2013 baru-baru ini di Sepang International Circuit, apa yangdilakukan oleh Hamilton menarik perhatian seluruh dunia. Lewis Hamilton telah tersilap memasuki pit. Hamilton telah memasuki pit pasukan lamanya iaitu McLaren !!! Mungkin Hamilton masih rindu pada team lamanya...hehhee

Mari kita saksikan video Lewis Hamilton salah masuk pit pada perlumbaan F1 2013 di Sepang


video

Lewis Hamilton salah memasuki pit
Lewis Hamilton entrer wrong pit 

Tokoh Ulama' Negara Kembali ke Rahmatullah : Dr Uthman El Muhammady


KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, IIUM KL Campus Taman Duta di sini petang 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013M.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.


Al-Fatihah buat Arwah, Takziah buat keluarga beliau


Source: Mynewshub.my

Monday, 25 March 2013

[Image] Unlucky Ferrari..Unlucky Fernando Alonso


Sepang: Edisi ke-15, Grand Prix Malaysia yang berakhir semalam (24 Mac 2013) terus dihiasi pelbagai drama yang menobatkan juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel kemenangan ketiganya di Sepang sekalipun penuh kontroversi, yang mengundang rasa benci rakan sepasukannya daripada Red Bull, Mark Webber.

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton berjaya menguntumkan senyuman buat penonton tempatan apabila menduduki podium terakhir perlumbaan yang turut dihiasi keadaan litar basah dan percaturan pasukan.

Antara yang menarik tumpuan ialah kegagalan bekas juara dunia untuk terus bersaing dalam perlumbaan. Fernando Alonso - juara Formula Satu (F1) di Sepang, tahun lalu dari pasukan Ferrari - tersingkir awal apabila jentera dipandunya mengalami kerosakan pada pusingan kedua selepas berlaku pelanggaran bersama Vettel. Mari kita saksikan antara 'shoot' menarik bersumber dari Reuters / Tim Chong / Samsul / Edgar Su / Philippe Lopez / yahoonews.


Aduh Vettel...terlanggarar pulok...ngape awok slow sangat (ujar Fernando)

 Sayap dah rosak...patut koner tapi terus pulak

Yah yah yah...semoga sampai pit 

Hilang kawalan selepas kerosakan sayap hadapan 

Setakat ini sahaja... 

Alonso terpaksa melompat keluar dari jenteranya 

Lepas ni Modenas MR1 akan melonjak naik selepas dinaiki Fernando Alonso

5 jenis pekerja di tempat kerja


Dipetik daripada sesi motivasi pagi yang disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin di radio IKIM...

Terdapat 5 jenis pekerja di tempat kerja. Ia dikategorikan sebagai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Apa itu?


Pekerja kategori wajib :

Kehadirannya amat disukai dan kehilangannya amat dirasai. Jenis orang yang tergolong dalam jenis ini adalah mereka yang yang pandai buat kerja dan berakhlak mulia. Jika golongan ini menjadi ketua, dia merupakan ketua yang pandai membuat kerja, pandai menganalisis, pandai menyelesaikan segala masalah yang timbul dan juga mempunyai akhlak yang baik.

Pekerja kategori sunat :

Kehadirannya disukai namun jika ketiadaan tidak dirindui. Ianya tergolong di dalam orang yang pandai membuat kerja namun kurang berakhlak. Jika orang ini menjadi ketua, dia akan pandai menyelesaikan masalah dengan masa yang singkat namun sikapnya suka marah-marah kepada pekerja bawahan.

Pekerja kategori harus :

Kehadiran dan ketiadaannya tidak dirasai. Boleh membuat kerja dengan sekadarnya sahaja. Ketiadaannya tidak akan menjejaskan organisasi.

Pekerja kategori makruh :

Kehadiran golongan ini di tempat kerja akan menceriakan keadaan dan meredakan ketegangan kerana kepandaian mereka membuat lawak.

Pekerja kategori haram :

Pekerja ini adalah pekerja yang tidak pandai membuat kerja dan bermulut jahat. Suka bermuka-muka di depan kita tetapi di belakang kita diumpat habis-habisan dan suka menyebarkan fitnah. Kehadirannya amat dibenci dan ketiadaannya amat diharapkan oleh organisi.


Jadi, suluh diri kita pada hari ini, kita duduk dalam kategori yang mana. Maka berusahalah untuk berada pada tahap pekerja WAJIB.

Psss....Anda tergolong dalam kategori mana?

Sunday, 24 March 2013

F1 2013 : Round 2 Sepang Race





24 Mac 2013, at Sepang International Circuit (SIC), it was ended this Sunday afternoon. This race was crowned Red Bull team wins 1-2 and Mercedes on position 3-4. it was Red Bull controversial victory in MalaysiaSebastian Vettel led team mate Mark Webber home to what should have been a celebratory Red Bull 1-2 win, but the success was sullied by a post-race argument between the two drivers. All through the race the radio messages between Vettel and Red Bull’s team management told as much of the story as the on-track action.
Webber led much of the race after a timely switch to dry tyres following the use of intermediates on a wet surface in the opening laps. Vettel complained for much of the time he was following Webber, and continually asked his team to tell him to move over.
Hamilton in 3rd position, even though he had 'problem' entered the pit. Alonso from Ferrari have a big nighmare when out at early corner just after race is on.


The full F1 Sepang Race results:

Pos. Driver Team
1 Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault
2 Mark Webber Red Bull Racing-Renault
3 Lewis Hamilton Mercedes
4 Nico Rosberg Mercedes
5 Felipe Massa Ferrari
6 Romain Grosjean Lotus-Renault
7 Kimi Räikkönen Lotus-Renault
8 Nico Hulkenberg Sauber-Ferrari
9 Sergio Perez McLaren-Mercedes
10 Jean-Eric Vergne STR-Ferrari
11 Valtteri Bottas Williams-Renault
12 Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari
13 Jules Bianchi Marussia-Cosworth
14 Charles Pic Caterham-Renault
15 Giedo van der Garde Caterham-Renault
16 Max Chilton Marussia-Cosworth
17 Jenson Button McLaren-Mercedes
18 Daniel Ricciardo STR-Ferrari
Ret Pastor Maldonado Williams-Renault
Ret Adrian Sutil Force India-Mercedes
Ret Paul di Resta Force India-Mercedes
Ret Fernando Alonso Ferrari





Saturday, 23 March 2013

Pencawang Elektrik - Tidak Berbangunan


Minggu tadi aku ada tugasan di kawasan Rompin bersama 2 orang mahasiswa. Jalan punya jalan aku terpandang sesuatu di kawasan Kampung Deraman... Akhirnya, aku jumpa jugak pencawang elektrik (PE) tidak berbangunan ni. Ingat lagi masa persembahan tugasan peringkat Sarjana dulu, gambar PE yang jenis ini takdok....kahkahkah....Siap lagi tanya dengan Ir Tan dari TNB Pahang kat mana aku boleh jumpa PE jenis ni.

Apa itu pencawang aku dah cerita dalam 'post' yang dulu-dulu....PE jenis tak berbangunan ni, takde bangunanlah...hehee....cuma ada pagar (ada yang dawai dan ada gak yg jenis batu), takde bumbung penuh. Sebahagian je yang ada bumbung.

Alatan kat dalam tu sama je, ada transformer, switch gear, pembahagi dan lain-lain. Mana yang tak pernah jumpa, tak tau, atau yang nak buat tugasan ilmiah anda tu.....meh aku kongsikan gambar PE tidak berbangunan ni












Amacam? Dapat?

Friday, 22 March 2013

Sexiest Model on "Red Tiles" : Geneva Show

This is not about the supermodel show the new pants, shirts, hats, shoes or even underwear. Not about a big brand like Nike, Adidas, Dapper, Renoma, Polo, Triumph, La Senza, Mickey Mouse, Fossil and many more.

But.... this model action on 'red tiles' has been capable of making anyone who looked to be crazy, deaf and blind. So dangerous...Yeahhh...this is the best among the best supercars at Geneva Motorshow 2013. Buggati, Ferrari, McLaren, Lamborghini, Koenigsegg dominate the list...So.....enjoy it


 Lamborghini Veneno


Fastest car,  Bugatti Veyron Grand Sport Venet

 Exagon Furtive eGT

 Ferrari LaFerrari

 Koenigsegg Hundra 1030hp

 Lamborghini Veneno

McLaren P1

Mercedes-Benz SLS AMG electric drive

Pagani Huayra

Porsche 911 GT3

Touring Superleggera Disco Volante

So....which one is the best?

Cara-cara @ Tips Penjimatan Air



Nak jimatkan air? Aku rasa mesti semua orang akan jawab 'YA'. Dalam post ni, aku kongsikan tips-tips yang aku kutip dari alam maya bagaimana hendak menjimatkan air...sebenarnya lebih kepada peringatan...

TANDAS
  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang  berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
BILIK MANDI
  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
SINKI
  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. 
  • Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas. 2. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.
TAMAN
  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
DAPUR
  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
  • Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
     GARAJ
  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.     
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk  dibersihkan.                                               
CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN
  • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  •  Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Dibawakan kepada anda setelah dikutip dari Pengurusan Air Pahang Berhad

Wednesday, 20 March 2013

Notis Gangguan Bekalan Air Pahang : Jalan Tras


Notis Gangguan Bekalan Air Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

GANGGUAN: 
Dari 20.03.2013 sehingga 21.03.2013

KAWASAN: 
Sepanjang Jalan Tras sebelah kanan (tak salah aku kat Raub@Bentong Pahang ni)

PUNCA: 
Kerja-kerja Pengantian Paip Jalan Tras 200mm HDPE kepada 200mm Keluli Lembut

sumber:paip

Tuesday, 19 March 2013

Stainless Steel Punya Pasal

Tengah bosan....

Satu ketika dahulu, tatkala siang hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebuah pisau lipat di atas tanah. Berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum. 

Lalu pelajar senior itu dengan segera mengambil pisau lipat berkenaan dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana ahli rombongan yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada Seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu menambah. "Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain. 

Sambung pelajar senior berkenaan lagi, "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya!" Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Sunday, 17 March 2013

Takdok keje...pasang COGO (ala-ala LEGO)

Ni tengah bosan-bosan...yang nak main anaknya, tapi abahnya yang kena pasang..Sapa suruh abahnya beli..kehkehkeh...Pasang sebiji dekat 2 jam. Kecik bebenor 'part' nya. Siap pasang abahnya gi keje. Balik keje dah bersepai semuanya...kahkahkah...adoyai.....

Saksikan kerja-kerja mencantumkan model COGO 4302 Ninja Boat. Ini bukan LEGO, tapi macam LEGO

 COGO 4302 Ninja Boat dalam kotak 
(ada 2 tu..robot kuning dan merah)

 Isi dalam kotak...cenonet nye lah...mmg menguji daya kesabaran

  Taraaaa......siap dah bahagian tetentu

 Dah sambung...ehh..mana kepala

 Hah...mari lawan




Ni la 'photo-shoot' sebelum bersepai semuanya...hehehee

Moral: kalau nak main LEGO (dan yang sejenis dengannya), perlu tabah dan sabar.....

Friday, 15 March 2013

Jumaat di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur


Hari ini memulakan perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Melalui Lebuhraya Pantai Timur, kena tembak di KM-108 oleh pihak polis...err..aku tengok dia, dia tengok aku..Sampai di KM-105, tu diaaa....kena tahan oleh pihak Polis. Alhamdulillah....tak ada apa-apa. Aku tengok banyak juga yang kena tahan di tepi jalan tu. Tapi tengok gaya macam takde masalah je diorang tu nak bayar...Kereta jenis mewah-mewah belaka..

Sampai Kuala Lumpur..menuju ke Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur...selesaikan apa-apa yang patut. Eh, kena berkejar gi Balai Polis Dang Wangi la pulak...dah lewat ni

Sampai kat balai...fuhhh..ramai sungguh umat kat sini. Kali pertama aku pergi tempat ni...Selit punya selit dapat la aku juga tempat. Yaaa...dapat duduk dalam saf di Masjid Balai Polis Dang Wangi untuk menunaikan Solat Jumaat.

Intipati khutbah...dimulakan dengan ayat alif-lam-mim....bina keluarga dengan baik, ajarkan ajaran yang baik pada diri sendiri dan keluarga, dirikan solat, tunaikan zakat.

Masjid Balai Polis Dang Wangi 

Alhamdulillah.....selesai urusan...maka bertebaran umat-umat tadi ke muka bumi menyambung tugas mencari rezeki....


Ramai yang gi sini (SOGO KL) pulak kot...sekangkang kera je jaraknya

Thursday, 14 March 2013

Piala AFC 2013 : Selangor Kecewa Kelantan Gembira

Selangor vs. Tampines Rovers

Malam tadi berlangsung perlawanan ke-2 Piala AFC 2013 diantara Selangor menentang Tampines dari Singapura. Selangor Red giant gagal menggunakan peluang beraksi dihalaman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh apabla sekadar seri 3-3 dengan Tampines.

3 kali pasukan Selangor mendahuli, namun 3 kali juga piak lawan menyamaan kedudukan. Selangor tidak mampu menunjukkan corak permainan sebenar terutamanya dibahagian pertahanan. Bahagian pertahanan Selangor malam tadi cukup bermasalah, dilihat dengan mudah untuk ditembusi pihak lawan. 2 gol  pihak lawan dilihat seperti tidak sepatutnya boleh terhasil. Selangor masih bernasib baik kerana Sarbini masih mampu mengawal gawang dari ditembusi dengan lebih banyak. Beberapa kali beliau terpaksa menjadi 'spiderman' bagi menyelamatkan keadaan.

Penjaring Selangor : Francis Forkey Doe (8, 53-pen ), Amri Yahyah (46)
Penjaring Tampines : Aleksandar Duric (19), Imran Sahib (48), Yamashita Kunihiro (71)

Kelantan vs. Ayeyawady United

Satu lagi pertemuan wakil Malaysia, Kelantan berjaya menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 pada aksi Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangon, petang semalam selepas sekadar seri 1-1 menentang kelab Maldives, Maziya SRC dalam perlawanan pertama di Kota Bharu.
 
Kelantan mendahului dua gol menerusi jaringan Badhri Radzi minit kedua dan Dimitrios Petratos minit ke-53 sebelum tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Dominik Bersnjak minit ke-79. Petratos menjaringkan gol ketiga Kelantan seminit kemudian.


Apapun, Red Giant perlu meneruskan perjuangan...membawa harapan seluruh rakyat Malaysia bersama The Red Warrior.


Wednesday, 13 March 2013

Piala AFC 2013: Selangor vs. Tampines : Awas Aksi Forkey Doe, Kunanlan, Amri & Kubala

Malam ini, perlawanan ke-2 Piala AFC 2013 mempertemukan pasukan dari Malaysia, Selangor menentang kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Shah Alam Selangor Malaysia. Perlawanan dijadualkan akan bermula pada jam 8.45 malam.

Perlawanan malam ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan memburu kemenangan sulung dalam kempen Piala AFC 2013. Selangor yang dikendali oleh Irfan Bakti Abu Salim telah tewas 1-0 kepada kelab India, Kingfisher East Bengal pada aksi sulung Kumpulan H di Kolkata, 27 Februari lalu manakala Tampines juga tewas 3-2 kepada kelab Vietnam, Sai Gon Xuan Thanh pada aksi pertama mereka di Stadium Jalan Besar, Rabu lalu.

Irfan mengenalpasti Tampines agak kuat kerana lawan dibarisi empat pemain import (Sasa Dreven, Yamashita Kunihiro, Sead Hadzibulic dan Martin Wagner) serta lima pemain kebangsaan Singapura termasuk dua pemain naturalisasi (Mustafic Fahrudin dan Aleksandar Duric).

Namun pengendali Tampines, Nenad Bacina yang berasal dari Croatia tetap berhati-hati dengan kekuatan Selangor. Selangor dilihat tetap bahaya walaupun kurang seorang import (tanpa Ramez Dayoub). Kemenangan besar selangor 4-1 ke atas Johor Darul Takzim baru-baru ini memberi  isyarat mereka sememangnya merbahaya. Pemain yang perlu diberi perhatian ialah Francis Forkey Doe, S Kunanlan dan Amri Yahyah. Tidak dilupa juga Kubala.

Tuesday, 12 March 2013

Dua Lagi Anggota Keselamatan Terkorban di Lahad Datu


12 Mac 2013: Sebentar tadi sekitar jam 4 petang waktu tempatan dalam satu sidang media Panglima angakatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan bahawa seorang lagi anggota keselamatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkorban, seorang cedera manakala tiga lagi pengganas turut terkorban dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 10.45 pagi tadi. Anggota keselamatan berkenaan adalah Prebet Ahmad Hurairah Ismail berusia 24 tahun.

Sementara itu seorang lagi anggota keselamatan, Ahmad Farhan Roslan 21 tahun turut terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi bekenaan.

13 Mac 2013: Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan dibawa menaiki pesawat C-130 milik TUDM mendarat sejurus sebelum 8 pagi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang hadir dan memasuki pesawat bagi memberi penghormatan terakhir

Untuk rekod, Allahyarham Ahmad Hurairah adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Februari. Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.

Semoga anggota keselamatan yang terkorban ditempatkan dikalangan mereka yang syahid.

Cuci Mata : BMW 3 Series Gran Turismo

Picture of BMW 3 Series Gran Turismo (GT) at the 2013 Geneva Motor Show (picture by Magic  Car Pics)










Source : MSNnews