Thursday 14 March 2013

Piala AFC 2013 : Selangor Kecewa Kelantan Gembira

Selangor vs. Tampines Rovers

Malam tadi berlangsung perlawanan ke-2 Piala AFC 2013 diantara Selangor menentang Tampines dari Singapura. Selangor Red giant gagal menggunakan peluang beraksi dihalaman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh apabla sekadar seri 3-3 dengan Tampines.

3 kali pasukan Selangor mendahuli, namun 3 kali juga piak lawan menyamaan kedudukan. Selangor tidak mampu menunjukkan corak permainan sebenar terutamanya dibahagian pertahanan. Bahagian pertahanan Selangor malam tadi cukup bermasalah, dilihat dengan mudah untuk ditembusi pihak lawan. 2 gol  pihak lawan dilihat seperti tidak sepatutnya boleh terhasil. Selangor masih bernasib baik kerana Sarbini masih mampu mengawal gawang dari ditembusi dengan lebih banyak. Beberapa kali beliau terpaksa menjadi 'spiderman' bagi menyelamatkan keadaan.

Penjaring Selangor : Francis Forkey Doe (8, 53-pen ), Amri Yahyah (46)
Penjaring Tampines : Aleksandar Duric (19), Imran Sahib (48), Yamashita Kunihiro (71)

Kelantan vs. Ayeyawady United

Satu lagi pertemuan wakil Malaysia, Kelantan berjaya menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 pada aksi Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangon, petang semalam selepas sekadar seri 1-1 menentang kelab Maldives, Maziya SRC dalam perlawanan pertama di Kota Bharu.
 
Kelantan mendahului dua gol menerusi jaringan Badhri Radzi minit kedua dan Dimitrios Petratos minit ke-53 sebelum tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Dominik Bersnjak minit ke-79. Petratos menjaringkan gol ketiga Kelantan seminit kemudian.


Apapun, Red Giant perlu meneruskan perjuangan...membawa harapan seluruh rakyat Malaysia bersama The Red Warrior.


No comments:

Post a Comment