Saturday 2 March 2013

Le Tour de Langkawi : Final Stage...and the winner is..


Tamat sudah Le Tour de Langkawi edisi 2013 setelah peringkat ke-10 menjadi garisan penamat kali ini. Perlumbaan peringkat ke-10 dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu sejauh 114.8 km dimenangi oleh Francesco Chicchi dari Italy. Sementara Rico Rogers dan Graeme Brown menduduki tempat ke-2 dan ke-3. Pelumba terbaik negara hari ini adalah Anuar Manan ditempat ke-6.

Berikut adalah senarai pemenang Le Tour de Langkawi 2013....

Pemenang keseluruhan (Jersey kuning):
1. Julián Arredondo (COL)
2. Pieter Weening (NED)
3. Sergio Pardilla (ESP) 

Raja Bukit (Jersey Merah):
1. Wang Meiyin
2. Julián Arredondo
3. Peter Weening

Raja Pecut (Jersey Biru):
1. Francesco Chicchi
2. Andrea Guardini
3. Anuar Manan

Pelumba Asia Keseluruhan (Jersey Putih):
1. Wang Meiyin
2. Amir Kolahdozhagh
3. Ghader Mizbani 

Aku rasa, pelumba yang paling mencuri tumpuan ialah Wang Meiyin iaitu pelumba Hengxiang Cycling Team dari China kerana menjadi juara pada peringkat 3, 2 kali mengungguli kedudukan keseluruhan, sekali menjadi raja pecut, 8 kali menjadi raja bukit dan menjadi pelumba terbaik Asia pada semua peringkat.

Wang Meiyin menyapu bersih 4 jersey utama pada peringkat ke-3 
(Gambar:http://www.ltdl.com.my)

See you again LTDL !!!

No comments:

Post a Comment