Kali ni kisah pembukaan sebuah cawangan Courts Malaysia (bukan Mahkamah Malaysia) tidak jauh dari Stesen Bas Jertih, Terengganu. Pada majlis pembukaan ini, harga barangan barangan yang ditawarkan adalah rendah. Maka berduyun-duyunlah manusia datang...
Macam-macam ragam ada. Seorang seorang remaja perempuan nyaris dipijak orang ramai, apabila dia pengsan dan terjatuh sebaik sahaja memasuki gedung itu selepas pintu utama dibuka. Dia beratur kat depan sekali. Bila pintu buka, orang belakang tolak...apalagi...orang berlumba-lumba nak yang pertama...
Ini la budak yang pengsan tu (Sinar Harian)
Tidak lama kemudian, kecoh pula apabila seorang lelaki diberkas polis, kerana didakwa mengambil kesempatan mencabul kehormatan wanita yang berkunjung di situ. Dah berhimpit-himpit ada la tangan yang menjalar..Dari saringan air kencing didapati suspek positif dadah.
Kalau kat mesjid orang berlumba-lumba nak baris depan kan bagus....
No comments:
Post a Comment