Wednesday, 30 January 2013

Mengira bil elektrik anda




Bagaimana untuk menjangkakan berapa bil yang perlu anda bayar? Mari kita pelajari di sini. Pada permulaan mari kita kenali apa itu Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P)

Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule
Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa, dikira dalam unit Watt

Rumus : P = W / t

Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.

Rumus : W = P t

Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj

Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut:

Penggunaan:

6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam)

Pengiraan kWh

Lampu    : 6 x 38 W x 5 h = 1140 Wh = 1.140 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 4 = 480 Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh

Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah:

1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh

Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah:

19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh




Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadar TNB) (klik untuk jadual kadar tarif)

1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (87.10*41.6)/100 = RM 36.23 


Jumlah keseluruhan = RM 193.43

Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 193.43 sen. Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini





No comments:

Post a Comment