Monday 7 January 2013

Anugerah Juara Lagu ke-27



Anugerah Juara Lagu ke-27 telah melabuhkan tirainya malam tadi. Siapa sangka lagu yang bukan dinyanyikan oleh penyanyi sebenar merangkul juara dengan hadiah RM35,000 !!! Banyak tu !!! Lagu Yuna bertajuk Terukir Di Bintang yang dinyanyikan oleh Aizat pada malam tadi telah menewaskan 11 lagi lagu yang lain..

Tapi sepanjang majlis malam tadi, tiba-tiba aku terasa seperti AJL27 telah bertukar menjadi Muzik-muzik 90'an. Apa pasal?  Pada penghujung majlis empat vokalis legenda iaitu Rahmat daripada kumpulan Mega, Aris Ariwatan, Joey Bumiputera Rockers (BPR) dan Ramli Sarip telah memecahkan suasana suram dengan persembahan mantap. Persembahan mereka diiringi gitaris terkenal tanah air seperti Man Keedal (Lefthanded), Rodi (Kristal), AG (Coco) dan Edrie Hashim (Projek Pistol). Sebagai orang yang agak retro memang sentap bila dengar....lagu zaman gua la.....tengok penonton pun kegamatannya mengalahkan ketika peserta sebenar membuat persembahan.....hahhaaa....tengok, yang lama tetap sedap didengar....

Okey, inilah senarai pemenang dengan habuan masing-masing malam tadi....

 
* Juara - Terukir Di Bintang (Trofi dan wang tunai RM35,000)
* Naib Juara - Idola (Trofi dan wang tunai RM15,000)
* Tempat Ketiga - Ku Akui (Trofi dan wang tunai RM12,000)
* Persembahan Terbaik - Black & RJ (Trofi dan wang tunai RM10,000)
* Vokal Terbaik - Hafiz (Trofi dan wang tunai RM10,000)

No comments:

Post a Comment