Sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, penduduk Kuantan disajikan dengan Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Dr. Haji Adnan Bin Haji Yaakob bersama penduduk tempatan. Majlis akan berlangsung di Masjid al Makmur Kem Batu 10 Kuantan Pahang. Majlis akan berlangsung sekitar jam 1.45 petang (kat dalam iklan tepi-tepi jalan), atau senang cerita lepas selesai Solat Jumaat la....
Koi lalu pagi tadi, dah cantik susunan khemah. Bendera pun dah elok dipasang. Ada pelbagai pulak bendera kat situ....heheee....aku tak nak komen pasal tu...
Warga-warga Kem Baru 10, Mahkota Aman, Mahkota Jaya, Jayaa Gading, Seriku, Taman Tas, warga Kuantan dan sesiapa sahaja yang berkelapangan sudi-sudi lah datang menjamu selera. Tapi datang la awal. Berjemaah bersama Solat Jumaat. Jangan la datang semata-mata nak makan je...heheee
Akhir sekali, kepada sesiapa yang rasa-rasa nak lalu jalan Kuantan-Gambang terutamanya sekitar Batu 10, dalam waktu tengahari ni sila berhati-hati dan bersabar ye...Berkemungkinan besar berlaku masalah trafik. Kalau ada jalan alternatif tu ikut la...Kalau tak penting sangat urusan tu tunggu la hari lain..Atau keluar lebih awal....
No comments:
Post a Comment