Friday, 4 January 2013

Pakcik Kayo Seluruh Dunia




Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia telah didedahkan. Indeks ini mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran ditutup pada 31 Disember lalu. Mari kita lihat siapa mereka yang bergelar jutawan dunia ini...jom..jom..

Pertama: Carlos Slim

Carlos Slim, jutawan telekomunikasi yang menguasai syarikat Mexico, America Movil SAB mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya dunia sepanjang tahun lalu. Nilai bersih jutawan berusia 72 tahun itu meningkat AS$13.4 bilion (RM40.7 bilion), atau 21.6 peratus sehingga 31 Disember lalu,

 Kedua: Bill Gates

Jutawan perisian AS, Bill Gates, 57, berada di tempat kedua dalam senarai itu. Beliau ketinggalan AS$12.5 bilion (RM38 bilion) di belakang Slim.

Ketiga: Amancio Ortega

Amancio Ortega, warga Sepanyol yang mengasaskan syarikat peruncitan Inditex SA adalah individu yang meraih keuntungan terbesar. Ortega kini adalah individu ketiga terkaya dunia. Nilai kekayaan jutawan berusia 76 tahun itu meningkat AS$22.2 bilion (RM67.5 bilion) kepada AS$57.5 bilion (RM174.6 bilion) 

 Ke-4: Warren Buffett

Kekayaan Warren Buffett, 82, Pengerusi Berkshire Hathaway yang kehilangan gelarannya kepada Ortega pada 6 Ogos lalu, meningkat AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion) tahun lalu.








Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, 86, adalah individu kelima terkaya dunia dengan nilai kekayaan berjumlah AS$42.9 (RM130.3 bilion).




‘Raja Gula’, Robert Kuok pula muncul satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam indeks itu apabila menduduki tempat ke-41 dengan nilai kekayaan AS$17.9 bilion (RM54.3 bilion). - Bloomberg

No comments:

Post a Comment