Amaran!!! Petikan ini mengandungi unsur-unsur seksual. Sila beralih ke halamana lain jika ianya akan menggangu diri/kehidupan anda. Jika anda berasa OK, sila teruskan pembacaan anda....Petikan ini dipetik dari sebuah majalah bernama Maskulin (oleh Wan Mohd Firdaus). Sekian.....
Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni
selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli
terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short Guide to a Happy Marriage’
Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang, tetapi
ia merupakan petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui
kini. “Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin
ada masalah dalam hubungan (seksual) tersebut yang perlu difikirkan dan
diperbaiki,” kata Sharon dalam bukunya. Jom kita amati rahsianya.
1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU
Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang
melibatkan orang di masa lampau anda. Mungkin mereka ialah sahabat lama
mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon
menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan
pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka,
kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah
yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg
dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’.
2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN
Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang
atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks
bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon
mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila
mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin
ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin
jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya
mahupun hubungan intim bersama pasangan.
3-MIMPI DENGAN SELEBERITI
Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi
kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda
saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat
anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan
tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara
dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan
sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda.
4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI
Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan
hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau
yang pernah anda benci.
Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan
rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda
tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara
pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan
besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak
kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.
No comments:
Post a Comment