Friday 27 July 2012

Gulai Lemak Udang Bersama Nenas



Resepi seterusnya untuk dicuba untuk juadah berbuka...Gulai udang dengan nenas...pastinya bukan aku yang punya...Chef Wan yang punya...


BAHAN-BAHAN

Minyak sayur
80 ml
Santan pekat
800 ml
Gula melaka
4 sudu besar
Nanas
½ biji, didadu
Udang air tawar/udang biasa
500 g, dibersihkan
Daun selasih
40 helai
Limau nipis
1 biji, ambil jusnya
Garam
Secukup rasa
Gula halus
4 sudu teh

Dikisar halus

Cili merah
8 tangkai, dibuang biji
Kunyit hidup
1 cm, dikupas
Buah keras
4 biji
Bawang putih
2 ulas, dikupas
Bawang merah
8 ulas, dikupas
Daun ketumbar
4 helai, diambil akarnya sahaja
Belacan
1 sudu teh
Serbuk ketumbar
2 sudu teh
Lengkuas
2 cm, dikupas
Serai
3 batang
 
CARA
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah yang telah dikisar perlahan-lahan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, gula melaka dan didihkan selama 5 minit bersama nanas.
  • Masukkan udang, daun selasih, jus limau, garam dan gula halus secukup rasa dan masak lagi selama 5 minit.


2 comments: