Wednesday, 25 July 2012

Resepi : Ayam Masak Merah


Yeahhh....dah petang...moh kita masak pulak...moh cuba resepi Chef Wan ni...


BAHAN-BAHAN
Minyaksapi                           
6sudu besar
Kulit kayumanis
1cm
Bungacengkih  
4 kuntum
Buah pelaga              
4biji
Air    
125ml
Ayam         
1kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu digoreng sampai masak dan diasingkan
Kismis hitam        
125g, dicincang halus 
Sos tomato   
250ml
Madu 
3sudu besar
Serai
1batang, dititik
Lengkuas   
1cm, dititik
Garam 
Secukup rasa
Bijan       
2sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi
Daun pudina    
1tangkai

Dikisarhalus
Bawangmerah    
10ulas, dikupas
Bawangputih
2ulas, dikupas
Halia            
2cm, dikupas
Serai       
1batang
Cili kering     
15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan

CARA                   
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
  • Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
  • Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.

Selamat Mencuba...dan Selamat Menjamu Selera !!!

2 comments: