Bagaimana memastikan perbelanjaan kita dalah berhemah? Ikuti cadangan yang ditulis oleh Nadia Najib (Tupai.com.my)
Senaraikan barangan wajib untuk dibeli setiap bulan
Sebagai manusia, pasti kita mempunyai beberapa perkara penting yang
harus dibeli setiap bulan bukan? Lagi-lagi untuk keperluan rumah dan
juga barangan peribadi. Oleh itu, senaraikan barangan yang wajib anda
beli kemudian kepilkan sekali jumlah duit yang harus anda keluarkan
setiap bulan untuk membeli barangan tersebut. Asingkan terlebih dahulu
duit untuk membeli barangan dapur dan peribadi diri.
Tahan nafsu
Pantang melihat simbol "Jualan Murah" pasti akan disinggahinya. Tidak
salah mahu membeli ketika jualan promosi namun pastikan barangan yang
bakal dibeli kelak adalah keperluan bukan kehendak semata-mata. Jika
kita mempunyai duit lebih, tidak mengapa sekali-sekala hadiahkan diri
dengan barangan yang dimahukan. Tetapi tengok poket, fikir sejenak,
kemudian tanya diri sendiri, cukup ke?
Jangan gunakan kad kredit
Apabila menggunakan kad kredit, kita akan berasa lebih seronok
berbelanja tanpa memikirkan jumlah yang dibelanjakan. Sebaiknya, bawa
duit cukup-cukup ketika membeli barangan agar anda tidak keruan melihat
jualan murah yang sememangnya mengugat hati terutamanya kaum hawa!
Sebaik-baiknya, gunakanlah wang tunai.
Bandingkan harga
Kualiti ataupun kuantiti yang anda pentingkan? Jika kualiti yang anda
pentingkan, perlu bersedia untuk laburkan lebih wang kepada barangan
yang diinginkan. Tetapi jika kuantiti yang diperlukan, bandingkan harga
yang munasabah kerana mahu membeli dalam jumlah yang banyak bukan?
Walaubagaimanapun, lihat kedai yang menjual barangan yang sama kemudian
bandingkan harga yang paling berbaloi. Lakukan perkara tersebut, pasti
anda akan dapat berjimat.
Buat semua sendiri (DIY)
Malas untuk membasuh kereta sendiri sedangkan dirumah ada air? Mahu
makan tetapi malas keluar dan hanya membuat pesanan melalui telefon?
Makan di kedai kerana tiada masa untuk memasak di rumah? Cuba tukar
persepsi itu kepada buat semuanya sendiri. Pasti di hujung bulan nanti,
akan ada duit lebih untuk disimpan. Lakukan perkara tersebut sebulan
sekali. Jangan pula biasakan kerana bukan sahaja membazir duit malahan
anda sendiri akan sakit hujung bulan nanti.
No comments:
Post a Comment