Monday, 30 July 2012

Sadis: Dua cedera 40 mercun bola meletup

Sohibullah dipercayai mungkin buta mata sebelah kiri.
Gambar kecil, Hafiz cedera di dahi dan badan. - Foto BERNAMA

Rasanya....kes pertama semenjak Ramadhan 2012 ni.....40 biji tuuuuuu

Alor Setar: Dua cedera termasuk seorang parah dan berisiko buta apabila bungkusan berisi lebih 40 mercun bola meletup dalam kejadian di Kampung Kuala Kangkong, Simpang Empat, di sini kelmarin.

Mohd Sohibullah Saad, 27, mungkin hilang penglihatan selepas mata kirinya terkena serpihan letupan mercun terbabit dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu. Turut cedera anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razli, 8.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini, mulanya bermain mercun berkenaan seorang diri di halaman rumahnya sebelum disertai Tuah. Kanak-kanak berkenaan kemudian dikatakan membantu menyalakan sebiji mercun dipegang jirannya.

Bagaimanapun, tiba-tiba sumbu mercun yang sudah dinyalakan itu tertanggal dan terjatuh ke dalam kotak berisi stok mercun sama.

"Seingat saya ada tidak kurang 40 biji mercun bola dalam bungkusan terbabit. Sebaik sumbu jatuh, semua mercun terbabit meletup. Saya dapat rasakan impak letupan menyambar muka, manakala Tuah pula terpelanting hampir dua meter ke belakang sebelum pengsan," kata Sohibullah.
Dalam keadaan pening dan berpinar, katanya, dia meminta bantuan penduduk kampung membawa mereka ke Klinik Ke sihatan Simpang Empat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie, ketika dihubungi, berkata Sohibullah cedera mata kiri, namun dilaporkan stabil, manakala Tuah pula dirawat sebagai pesakit luar kerana cedera paha kanan dan mata.- BHarian

No comments:

Post a Comment