London: Bintang Arsenal, Theo Walcott terkejut dengan keputusan Robin
van Persie untuk tidak memperbaharui kontrak di Emirates, dan kini dia
bersedia mengikuti jejak penyerang Belanda itu meninggalkan Arsenal.
Walcott, 23, berada dalam situasi yang sama dengan Van Persie kerana dia juga kini memasuki tahun terakhir kontrak semasanya. Pemain sayap England itu selama ini enggan membuat keputusan
mengenai masa depannya bersama Arsenal sehinggalah Van Persie terlebih
dulu membuat keputusan.
Kedua-dua pemain itu sahabat rapat di dalam dan luar padang.
Rakan-rakan Walcott mendakwa keputusan Van Persie itu mempunyai
kesan besar terhadap Walcott, sehinggakan perbincangan tidak rasmi sudah
dilakukan antara Arsenal dan penasihat Walcott.
Dilaporkan kontrak baru empat tahun yang ditawarkan membabitkan
kenaikan gaji daripada 55,000 pound (RM271,383) seminggu kepada
kira-kira 80,000 pound (RM394,691).
Begitupun Walcott mempunyai pilihan meninggalkan Arsenal dengan
percuma mengikut peraturan perpindahan Bosman musim panas depan atau
akan dijual sekarang jika The Gunners enggan melepaskannya tanpa
memperoleh apa-apa pembayaran.
Untuk terus mengikat Walcott di Emirates, Arsenal perlu serius
meningkatkan tawaran kepadanya dan meyakinkannya bahawa mereka bersedia
membuat pelaburan besar untuk bersaing mengejar kejuaraan, yang gagal
mereka lakukan terhadap Van Persie. – Agensi
No comments:
Post a Comment