Sunday, 8 July 2012

Tilawah Antarabangsa vs SUKMA vs Menara FELDA.

Salam Sejahtera kalian...

Entri ini aku nak cerita pasal apa yg berlaku pada 07-07-12...ada 3 acara yg agak "grand" berlangsung pada tarikh berkenaan, tidak termasuk majlis akad nikah Ratu Rock ye... Dimulai dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang telahpun dirasmikan pada hari sebelumnya. Seramai 81 peserta dari 50 negara akan mengambil bahagian dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tilawah yang bertema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" itu akan berlangsung selama lapan malam sehingga 23 Julai ini. Siapa watak utama?...Dato' Seri Jamil Khir B. Baharom

Berikutnya tak jauh dari situ, di Menara FELDA, Platinum Park Kuala Lumpur berlangsung pula Majlis sambutan Hari Peneroka dan Perasmian Menara FELDA oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menara setinggi 50 tingkat adalah sempena 50 tahun FELDA. Habis bekotak-kotak mercun memecut keluar dari sisi dan bumbung menara bagi meraikan majlis ini...terang menderang..siapa pengerusi FELDA?....Y.B Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

Kita bergerak pula ke Pantai Timur..berlangsung pula Majlis Perasmian SUKMA ke-15 di Stadium Darul Makmur , Kuantan Pahang. SUKMA kali ini berlangsung di Kuntan, Pekan dan Temerloh..
Upacara perasmian disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di depan kira-kira 40,000 penonton.
Turut berangkat ke majlis itu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selain Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam 3 program ni...yg mana la agak-agaknya paling ramai penonton ye?

No comments:

Post a Comment