Tuesday 3 June 2014

Negara Di Serang Kupu-Kupu Gergasi

Ada nampak kupu-kupu gergasi berwarna hitam celoreng putih merata-rata sejak dua menjak ini??

Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi di beberapa kawasan di Malaysia menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk dan pelancong luar.

Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.

Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.

Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata, serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.

Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar.

Faktor kemunculan:

Faktor tarikan cahaya lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya.

Kesan sampingan:

Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. Manakala bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah

No comments:

Post a Comment