Wednesday 18 June 2014

Aksi Pemain Bola Sepak Piala Dunia yang menyentuh hati !

Perlawanan Chile menentang Australia dalam kumpulan B Piala Dunia 2014 menyaksikan Chile menewaskan Australia 3-1. 


Tapi ada satu babak yag menarik perhatian peminat bukan sahaja peminat bola sepak tetapi juga manusia seluruh dunia. 

Jika pada hari sebelumnya aksi Piala Dunia di gemparkan oleh gelagat seorang pemain bola sepak terkenal yang menidakkan hajat seorang kanak-kanak untuk bersalam, kali ini masih lagi kisah kanak-kanak tapi lain ceritanya.

Aksi menarik yang menyentuh ini berlaku sebelum perlawanan bermula iaitu ketika perbarisan pemain menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing. Pemain midfield Australia, Mark Bresciano menyedari kasut seorang kanak-kanak yang menjadi maskot pasukannya tidak berikat/ikatannya terbuka. Dengan spontan beliau duduk/tunduk untuk mengikat tali kasut kanak-kanak berkenaan.


Wahhh.... semangat macam inilah yang kita mau! semoga kita dapat mengamalkan kehidupan yang baik seperti ini....

Peace! No War!

No comments:

Post a Comment