Thursday, 19 June 2014

Membongkar Isu Produk Kiub Pati Knorr Perisa Babi (Knorr Pork Broth Cubes)

Apa? Knorr ada jual pati kuib berperisa babi kat Malaysia?

Buka alam maya... terpandang gambar dan berita yang menyatakan seseorang tersalah beli kiub perisa. Apa yang salah? Katanya terbeli kiub perasa yang berperisa "Babi". Haisss... babi lagi...

Maka macam-macam andaian yang keluar... aku pun ntah kenapa rajin pulak belek laman alam maya yang lain....emm... memang wujud rupanya produk tu. Tapi betul ke ada dijual kat Malaysia?



Akupun melayangkan satu e-mal kepada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Menanyakan pasal perkara ini. Maka, inilah jawapan yang diberi oleh En. Tajul Azuan Bin Tajul Ariff (Consumer Engagement Centre).... Jeng jeng jengggg....

Kata beliau, semua produk yang dihasilkan, diimport atau diedarkan oleh Uniliver di Malaysia ni mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM atau badan pensijilan Islam yang diiktiraf. Dan... Uniliver Malaysia tidak membekalkan "Knorr pork broth cubes" di Malaysia

Boleh baca lebih lanjut pada e-mail yang aku print screen ni.....



Amacam?

No comments:

Post a Comment