Tuesday 17 June 2014

Lebuhraya Pantai Timur fasa kedua siap September


Lebuhraya Pantai Timur (LPT) fasa kedua membabitkan dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu iaitu 184 kilometer dengan kos keseluruhan RM2.75 bilion dijangka siap pada September tahun ini.


Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, merujuk laporan audit Kementerian Kerja Raya menyatakan projek berkenaan membabitkan pertambahan kos pembinaan sebanyak RM800 juta berbanding kos asal RM2.09 bilion.

"Pertambahan kos ini akibat peningkatan kos bahan binaan, pengambilan balik tanah di kawasan lebuh raya yang lebih besar dan rekabentuk jalan persekutuan kepada lebuh raya," katanya pada sidang media PAC di Parlimen di sini.

Menurutnya, projek ini yang bermula pada September 2006 sepatutnya siap Mac 2009.

"70 peratus projek ini iaitu membabitkan jarak 120 kilometer dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) secara tender terbuka dengan kos RM2.09 bilion manakala selebihnya 64 kilometer dibuat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kos RM1.5 bilion)," katanya.

Berita asal : HMetro

No comments:

Post a Comment