Friday 27 June 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ....

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ....

Saat ini setiap umat Islam bersiap sedia hendak memasuki Bulan Ramadhan... Madrasah Ramadhan. 


Ramadhan mengajar kita untuk banyak menginsafi kehidupan ini...

Memasuki Madrasah Ramadhan.... ibaratnya memasuki alam universiti.

Hari ini semua orang berpusu-pusu ingin memasuki Ramadhan. Pelbagai persiapan telah disediakan, walaupun mungkin surat tawaran tiba di saat akhir.

Melepasi pintu gerbang Madrasah Ramadhan, bermaksud kita telah terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan...lebih hebat dari Akta 174. 

Maka bermulalah kuliah-kuliah harian, tugasan, kuiz dan ujian yang perlu dipenuhi bagi mencapai 'carry mark' yang maksimum dan markah 'final exam' yang juga maksimum.

Hari demi hari...ini menuntut komitmen dan fokus yang tinggi dalam melalui Madrasan Ramadhan. 

Bagi mereka yang komited, dapat bergraduat dalam sebulan dan pointer 3.5 ke atas.

Bagi yang suam-suam kuku... dapatlah graduat cukup-cukup makan...

Bagi yang tak fokus... waktu-waktu kuliahnya telah ditukar ke bazar-bazar dan pasaraya-pasaraya bagi memenuhi jinjitan tangan...

Bagi yang terus terpedaya dengan tipu helah dunia, akan bergraduat awal... mungkin seawal minggu pertama.. hari pertama mahupun jam yang pertama...

Maka...mulailah kosong peserta Madrasah Ramadhan dalam menuju hari konvokesyennya...

Ramadhan bukan datang hari-hari... Hanya dibuka setahun sekali... Menangislah jika tak dapat memasuki Ramadhan...

Menangislah jika tak dapat melaksanakan tuntutan Ramadhan...

Menangislah jika tak berjaya merebut Ramadhan...

Bulan yang penuh keampunan, kerahmatan, dan pembebasan dari api neraka...

Semoga kita semua berjaya menjejakkan kai ke Madrasah Ramadhan... Menjejakkan kaki ke dewan konvokesyan Ramadhan dengan pointer 3.5 ke atas......

No comments:

Post a Comment