Friday 13 June 2014

JJCM Bentong : Cinta Rasa Airena

Baru-baru ni ada tugasan luar kat Bentong. Menjelang tengahari perut dah lapar, maka gi cari kedai makan la. Maka member pun bawak ke kedai makan bernama Cinta Rasa Airena (AAA). Mula-mula pelik la awat singkatan nya AAA? Rupa-rupanya dia ambik huruf yang hujung..hehehe...  Tapi dikalangan orang tempatan kedai ni popular dengan nama "Kedai Cikgu". Sebab katanya pemilik kedai ni bekas cikgu.


Kedai makan ni dari luar nampak biasa je. Kat dalam ada juga bilik khas bagi tetamu yang inginkan siasana tersendiri. Menu memang meletop.. kehkehkeh... Ada ikan patin, ikan keli, ikan talapia, udang galah dari kecik sampai la yang besar. Seekor udang galah masak merah/pedas tu kawan aku kata ada yang berharga RM35/ekor (yang besar). Menu masakan biasa, masakan kampung pun ada....

Kata kawan aku, kat kawasan tu, Kedai Cikgu tu adalah antara yang 'high class'. Sebabnya kedai tu la jadi tumpuan para-para peniaga nak bawa pelanggan, rakan perniagaan menjamu selera.



Kalau nak makan beridang... beritahu dulu kat tuan kedai berapa bajet.. Supaya bajet anda tak lari gila-gila. Nanti ada tuan kedai hidang makanan penuh satu meja... Jenuh nak bayor nanti..ekekee.

Bagi yang makan bayar sendiri-sendiri... sila tanya ye dulu harga makanan supaya anda tak terkejut terduduk pulak. Bukan kata mahal tapi tengok la apa yang anda ambik...kalau udang galah besar lengan jangan la nak dapat rege RM5 seekor...kehkehkeh

Kalau aku... memang aku suka la kedai ni... Aku rekemen la kat kawan-kawan....

Ok... Selamat menjamu selera !!!!

No comments:

Post a Comment