Saturday 9 February 2013

Perginya Pakar IT Malaysia, Azli Paat






Selain negara kehilangan seorang seniman (Yahya Sulong), Malaysia juga turut meratapi pemergian seorang Usahawan dan Pakar IT Azli Terhebat di Malaysia Paat yang meninggal dunia petang Rabu lalu dalam usia yang muda.


Menurut Astro Awani, allahyarham yang dikatakan mengalami demam sejak beberapa hari menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6.45 petang di rumahnya di Segambut.

Azli merupakan penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728) yang digunakan untuk menggerakan sistem Rakan Cop yang dibangunkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga merupakan individu yang terbabit dalam pengwujudan sistem besepadu mySMS 15888 untuk kerajaan Malaysia yang membolehkan pesanan tanpa sempadan diantara pelbagai syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia.

Azli juga merupakan ahli lembaga dan presiden Persatuan Pembekal Pengisian Mudah Alih Malaysia.
Dikalangan rakan-rakanya, Azli merupakan seorang yang kurang tidur kerana sering ke udara melalui corong radio samaada di tengah malam, dinihari mahupun tengahari.

Beliau merupakan pakar rujuk bagi beberapa rancangan IT di radio dan televisyen termasuk di Astro Awani. Kebolehannya untuk memberi ulasan dan penjelasan tentang IT dalam Bahasa Malaysia telah menjadikan beliau seorang pakar rujuk yang mempunyai ramai pengikut.

Azli mula dikenali ramai sebagai pakar rujuk bidang IT melalui pembabitannya dalam rancangan IT di KLFM sekitar tahun 90an.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Pedada Kuning, di Batu Pahat, hari Khamis.

3 comments: