Agak-agak kereta ni atas jalan atau dalam parit?
BENTONG – Hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Telemong naik seterusnya melimpah ke jalan utama Karak-Manchis hingga mengakibatkan laluan itu terpaksa ditutup sementara waktu bermula jam 1.30 pagi hingga jam 1 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, laluan di Kilometer 12 dan Kilometer 28 Jalan Karak-Manchis itu ditutup buat semua kenderaan kerana dinaiki air dengan kedalaman kira-kira 1.2 meter, terutama sepanjang satu kilometer di Kilometer 12.
“Laluan itu dibuka sepenuhnya kira-kira jam 1 petang semalam apabila air surut.
"Kedua-dua lokasi itu biasa dinaiki air sekiranya paras air Sungai Telemong meningkat,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, terdapat juga rumah penduduk di tepi sungai terbabit dinaiki air terutama di Kampung Sungai Perdak.
“Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 19 rumah dinaiki air membabitkan seramai 40 penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Sungai Perdak.
“Namun, mereka semua dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini (semalam),” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad Mansor berkata, memandangkan cuaca tidak menentu, penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada, selain tidak membenarkan anak bermain di sungai bagi mengelakkan kejadian buruk.
Katanya, penduduk di kawasan mudah dinaiki air pula dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah, sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk.
SinarHarian
No comments:
Post a Comment