Wednesday, 27 February 2013

Le Tour de Langkawi 2013 Stage 6 and stage 7

 Jom tengok LTDL

Yeahhh !! Dalam titisan hujan yang turun tidak menentu petang 26 Febuari 2013, pelumba Nederlands Thomas Leezer menjadi pengayuh pertama melepasi  garisan penamat di hadapan Stadium Darul Makmur Kuantan Pahang dengan catatan masa 4 jam 33 minit 42 saat. 27 saat kemudian menyusul pemenang tempat kedua Ji Min Jung dari Korea diikuti oleh Mikal Golas dari Poland.

Garisan penamat LTDL 2013 Stage 6 di Kuantan

Pelumba negara masih belum mampu menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas. Pencapaian tebaik pelumba negara dalam peringkat ke-6 dari Mentakab ke Kuantan semalam pada kedudukan ke-9 oleh Mohd Harrif Salleh dan Anuar Manan pada kedudukan ke-10.

Hari ini 27 Febuari 2013, perlumbaan akan bermula dari Kuantan ke Dungun sejauh 149.8km. Jarak perlumbaan lebih pendek berbanding semalam. Pelumba akan berlepas dari Jalan Putra Square (sekitar Hotel Zenith / East Cost Mall) menuju jalan pesisir pantai (Balok), menuju pelabuhan Kuantan, Chukai, Bukit Anak Dara, Kijal, Kerteh, Paka dan pengakhiran di Dungun (Astaka Teluk Lipat).

Selamat tinggal  LTDL kepada Kuantan

Perlumbaan peringkat 7 : Kuantan - Dungun






No comments:

Post a Comment