Wednesday 13 February 2013

Minuman Jus Buah vs Minuman Buah


Korang suka tak minum aair buah-buahan? Tahukah korang bahawasanya minuman buah mungkin mengandungi serendah 5% jus buah-buahan? Manakala minuman jus buah mungkin mengandungi serendah 35% jus buah-buahan.

Peel Fresh : Produk keluaran Marigold

Ramai orang menganggap bahawa minuman buah dan minuman jus buah adalah minuma yang sama! Sebenarnya tanggapan ini adalah salah. Ia adalah dua jenis minuman yang berbeza. Walaupun ditambah dengan sari, minuman buah bukannya minuman jus buah. Mulai sekarang...fikir elok-elok...

Tropicana Twister : Produk Tropicana

Menurut Akta Makanan 1983 (Akta 281) (Akta & Peraturan Makanan 1983 (Akta 281), Kenyataan 352 (1) dan Kenyataan 353 (1) ), minuman buah patut mengandungi tidak kurang daripada 5% jus buah-buahan. Manakala minuman jus buah-buahan patut mengandungi tidak kurang daripada 35% jus buah-buahan. Ada produk yang dipasteur untuk mengekalkan kesegaran dan kebaikan semulajadinya.

Bagaimana hendak mengenali minuman jus buah-buahan?

Labelnya tertulis "Minuman Jus Buah"
Baca dengan teliti label produk yang anda hendak beli. Kalau "minuman buah" mungkin hanya ada 5% jus manakala "minuman jus buah" pasti mengandungi sekurang-kurangnya 35% jus buah

Mesti disimpan sejuk sepanjang masa
Kebanyakan minuman jus buah dipasteur. Ini bermaksud ianya perlu disimpan sejuk sepanjang masa (letak dalam peti ais). Namun, terdapat juga produk minuman buah yang diperagakan di tempat sejuk di kedai bagi mengaburi mata pembeli. Jika kita nampak produk minuman tu ada kat peti ais dan ada ditempat yang tak sejuk....maknanya memang minuman buah saja lah tu...letak seminggu kat luar pun tak rosak

Mempunyai tarikh luput yang lebih singkat
Minuman jus buah mempunyai tempoh hayat / tarikh luput lebih singkat berbanding minuman buah. Minuman buah boleh diletakkan dirak selama berbulan-bulan tanpa perlu suhu sejuk.

Yaaaa....sekarang penggemar air buah sudah mempunyai fakta. Buatlah pilihan terbaik anda....

Minuman jus buah = sekurang-kurangnya35% jus buah
Minuman buah = sekurang-kurangnya 5% jus buah



Dipetik dari akhbar Kosmo 07/07/2013 halaman 9 -

No comments:

Post a Comment