Sunday 17 February 2013

[Gambar] Kemalangan BMW di Lebuhraya Pantai Timur dekat Gambang


Petang 17 Febuari 2013, satu kemalangan membabitkan sebuah kereta BMW berlaku di Lebuhraya Pantai Timur selepas susur masuk dari Gambang, sebelum RNR Gambang. Kalau dilihat pada keadaan kereta berkenaan, memang teruk..kemek depan belakang kiri kanan...tercabut sana sini. Dijangkakan kereta terbabas dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan yang turun kejap-kejap. Kemalangan menyebabkan kesesakan seketika.....Mari lihat sedikit shoot dari jurukamera tak berkategori ni....

 Mula-mula jumpa tayar dan rim BMW (kanan tu..)....
depan sikit absorber BMW(tengah)

 Seterusnya..tu kat tengah...grill depan BMW

Ni kereta Encik Polis yang membantu mengawal keadaan

Antara benda yang dibawa bertaburan (kanan)...
Bahagian depan BMW yang kemalangan (kiri)

Tuu diaaa...BMW yang dah terbalik..kemek dan tercabut sana-sini

Malang memang tidak berbau...semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita.....

1 comment: