Sunday, 5 August 2012

Tempoh Reman Suami Syaleza Dilanjut 5 Hari Lagi




Mahkamah Majestrit Petaling Jaya, Selangor jam 10 pagi tadi telah mengarahkan supaya tempoh reman suami kakitangan TV9 (Syaleza Jaffar) yang ditemui mati di rumahnya, Norazman Bashah, 31 tahun, disambung 5 hari lagi sehingga 10 Ogos bagi memberikan peluang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan lebih terperinci terhadap suspek

Pada awalnya Arwah dilaporkan oleh suaminya menggantung diri di kipas rumah di Damansara Damai bagi membunuh diri. Bagaimanapun  hasil bedah siasat lengkap dilakukan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kesan jerutan di leher dan lebam di tubuhnya.

Sehubungan itu suami Syaleza ditahan oleh polis kira-kira 2 jam setelah jenazah isterinya dikebumikan di Labis, Johor.

Kemudiannya kertas siasatan akan diserahkan oleh pihak Polis kepada Timbalan Pendakwa Raya. Andai terdapat bukti kukuh suspek terbabit dalam kes pembunuhan, dia akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mahkamah. Jika tiada bukti yang diperolehi, suspek akan dibebaskan setelah tempoh reman berakhir.

2 comments:

  1. korek lagi bukti...semoga mendapat keadilan yang sewajarnya

    ReplyDelete
  2. semuga pihak polis berjaya mmbuat siasatan terperinci tntang kes ini, muga2 yg bersalah akan dikenakan hukuman setimpalnya..

    ReplyDelete