Wednesday 1 August 2012

Pembunuhan Berkumpulan Di sarawak:Perlukan CSI?


Mungkin ini pasukan penyiasat yang dimaksudkan

Polis Sarawak telah membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat kaitan tiga kes pembunuhan yang berlaku di negeri ini sejak tujuh bulan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata pasukan itu akan bermesyuarat hari ini untuk meneliti semua bukti bagi menentukan sama ada kes-kes berkenaan yang kesemua mangsanya ditembak secara serangan kumpulan, mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini, beliau berkata kes terbaru melibatkan ahli perniagaan berumur 48 tahun yang ditembak dua das secara dekat semasa dia berada di dalam keretanya di Miri, semalam.

Kes pertama berlaku pada Januari lalu apabila seorang lagi ahli perniagaan berumur 41 tahun, Lau Leh Ing ditembak mati ketika berjalan ke pejabatnya di Sibu, sementara kes kedua melibatkan seorang lelaki berumur 30 tahun, Ang Soon Heng yang ditembak di kepala ketika bersarapan di sebuah kedai di sini juga Januari lalu.


"Walaupun kes berlaku secara berasingan, kita tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan ... berdasarkan latar belakang mangsa dan cara pembunuhan dilakukan," katanya.

Acryl Sani berkata siasatan akan turut meliputi peribadi dan pengibatan perniagaan mangsa.

"Kita akan memanggil saksi, bukan sahaja yang berada di tempat kejadian tetapi mereka yang mungkin mendengar atau mempunyai maklumat yang membolehkan kita mengenal pasti pelaku, agar tampil membantu kita," katanya.

Mengenai kebimbangan orang awam mengenai aspek keselamatan di negeri ini, beliau berkata mereka tidak perlu merasa panik kerana penjenayah yang terbabit dilihat hanya mempunyai sasaran tertentu dan tidak menyerang secara rambang.

"Ia bukan seperti di Amerika Syarikat (kes tembak secara rambang di Colorado) yang suspek menembak secara rambang atau bertujuan tertentu. Di sini mereka (penjenayah) lebih spesifik, tidak menyasar kepada orang awam," katanya. - Bernama

2 comments:

  1. wahhh MALAYSIAN CSI terbaik, teringat cerita lawak ke der hahaha

    jemput baca Alhamdulillah hanya satu perkataan

    ReplyDelete
  2. cerita lawak yg nmpk abuk..buang tu ke? hahhaa...

    ReplyDelete