Pritt...pritt.....Walaupun pasukan Harimau Malaya telah tersingkir, aku tetap nak menaip berkenaan Piala AFF Suzuki 2012 nih. Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki edisi ke-9 ini akan menemukan dua pasukan yang paling berjaya dalam pertandingan terkemuka di rantau ini, Thailand dan Singapura, yang mana masing-masing berjaya menjadi juara sebanyak 3 kali dalam edisi sebelum ini.
Hari ini, lebih kurang 4 jam dari sekarang (ketika bahan ini ditaip), Singapura akan menerima kunjungan Thailand di Stadium Jalan Besar sebelum Singapura menjadi tetamu di Stadium Suspachalasai pada 22 disember ini.
Menjelang pertarungan antara pasukan Gajah Perang dan Sang Singa, beberapa fakta menarik tentang perlawanan akhir edisi-edisi yang terdahulu telah didedahkan. Mari kita lihat apakah fakta-fakta menarik yang perlu diketahui....
Empat perlawanan akhir edisi pertama sehingga edisi ke-empat (1996-2002) telah dijalankan dalam bentuk perlawanan tunggal (tiada timbal balik) di lokasi yang telah ditetapkan terlebih awal. Thailand adalah sangat berjaya dalam format itu, menang di Singapura pada tahun 1996, di Bangkok pada tahun 2000 dan di Jakarta pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, sejak sistem timbal balik diperkenalkan, Thailand tidak pernah jadi juara....hehehee
Pasukan yang berjaya memperolehi gol awal dalam semua perlawanan akhir kebiasaanya menjadi juara bagi perlawanan berkenaan. Sejak format perlawanan timbal balik diadakan, pasukan yang memperolehi kemenangan pada perlawanan akhir pertama kebiasaanya menjadi juara.
Hanya tiga pasukan - Thailand pada tahun 2000, Singapura pada tahun 2004 dan Vietnam pada tahun 2008 - telah menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak Asean di hadapan peminat mereka sendiri. Edisi yang pertama pada tahun 1996 di antara Thailand dan Malaysia telah dimainkan di stadium berkecuali di Singapura tetapi dalam empat final lain, Vietnam (1998), Indonesia (2002 dan 2010) dan Thailand (2007), tuan tumah terpaksa akur dengan melihat pihak lawan merangkul piala kejuaraan dihalaman sendiri.
Malaysia menjadi pasukan pertama mengangkat trofi kejuaraan walaupun tewas pada perlawanan kedua 2-1 di Jakarta pada 2010. Malaysia tampil dengan bekalan kemenangan 3-0 pada aksi pertama di shah Alam untuk muncul juara denga agreget 4-2.
Worrawoot Srimaka adalah satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan hatrik dalam satu perlawanan akhir. Penyerang Thailand itu menjaringkan tiga gol pasukannya dalam kemenangan 4-1 ke atas Indonesia pada tahun 2000.
Safee Sali juga menjaringkan tiga menentang Indonesia pada perlawanan akhir 2010 tetapi penyerang Malaysia itu menjaringkan 2 gol pada perlawanan pertama di Shah Alam dan satu gol ketika timbal balik di Indonesia.
Safee Sali adalah salah seorang daripada empat pemain yang berjaya menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan akhir sejak perubahan format pada tahun 2004. Yang lain adalah Agu Casmir (Singapura, 2004), Pipat Thonkanya (Thailand, 2007) dan Le Cong Vinh (Vietnam, 2008).
Penyerang Singapura, Khairul Amri adalah satu-satunya pemain yang telah menjaringkan gol dalam dua edisi perlawanan akhir yang berasingan. Dia menjaringkan gol kedua Singapura dalam kemenangan 3-1 ke atas Indonesia dalam perlawanan pertama pada tahun 2004 dan meledak gol dalam kemenangan agregat 3-2 ke atas Thailand pada tahun 2007.
Gol terpantas dijaringkan oleh Daniel Bennett (Singapura) ketika menentang Indonesia di perlawanan akhir pertama 2004. Manakala kemenangan dramatik dicipta oleh Le Cong Vinh itu pada minit ke-empat masa tambahan bagi memastikan Vietnam menewaskan Thailand pada tahun 2008.
No comments:
Post a Comment