Friday, 14 December 2012
bawang puteh...oh bawang puteh..
Siapa suka bawang puteh angkat tangan!!! Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.
Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.
Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.
Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.
Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.
Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment