Wednesday 5 December 2012

AES : Berkesan



Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah terbukti dapat mengurangkan kadar kematian dan kemalangan jalan raya di seluruh negara terutamanya di negeri yang mencatat jumlah nahas yang tinggi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Adenan Mat Isa berkata, Selangor antara negeri yang mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi di negara ini sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, ini terbukti berdasarkan rekod diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan jumlah kemalangan di Selangor mencatatkan peningkatan apabila pada tahun lalu sebanyak 128,876 kes dicatatkan, 115,565 kes (2010) dan 107,429 kes (2009).

Katanya, penggunaan AES sebagai sistem penguatkuasaan adalah mekanisme yang terbaik untuk mendidik pemandu untuk lebih berhati-hati, sekaligus dapat mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.

Adenan berkata, pada tahun lalu saja, sejumlah 1,070 kematian direkodkan dan ia menjadikan Selangor sebagai kedua tertinggi mencatatkan jumlah kematian selepas Johor. “Dengan wujudnya AES bukan bermakna JPJ mahu menghukum, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada pemandu agar mematuhi peraturan dan had kelajuan yang sudah ditetapkan,” katanya sewaktu taklimat mengenai AES kepada media dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat JPJ Selangor, di sini, semalam.

Cerita penuh : myMetro

No comments:

Post a Comment