Tuesday, 30 April 2013

Hot di Kuantan : Kampong Selamat Sudah Tak Selamat


Beberapa tahun lalu, kecoh kat Kampung Selamat ini pasal kes pecah rumah. Modus operandinya masuk ikut atap/siling rumah ketika penghuni tiada di tumah. Barang-barang berharga seperti komputer riba, barang kemas, duit ringgit dan duit syiling antara barang yang dia sebat. Akhirnya, setelah operasi dijalankan, akhirnya si pemecah masuk dapat ditangkap.

Baru-baru ini, ada pulak kes baru...Kisah seperti berikut yang dipetik dari Harian Metro....


Selepas kira-kira seminggu berdiam diri, seorang lelaki dipercayai gila seks kembali ‘mengganas’ dan mencuri pakaian dalam dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, kelmarin.
Suspek yang dipercayai seorang remaja berusia 17 tahun itu, dikatakan melakukan perbuatan berkenaan sejak Januari lalu, namun mula menghentikan seketika tabiat pelik itu selepas mangsa membuat laporan polis.

Walaupun sebelum ini dia pernah memulangkan semula pakaian dalam dicuri bersama sepucuk surat mengakui tidak akan mengulangi perbuatan keji berkenaan, namun semua itu dianggap hanya sandiwara. Mangsa, berkata tindakan lelaki terbabit seolah-olah tidak serik walaupun laporan polis sudah dibuat dan masih lagi melakukan perbuatan sama.


Mangsa berkata, remaja gila seks terbabit yang pernah mengirim sepucuk ‘surat cinta’ dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini, tetapi dia mungkir janji kerana bertindak mencuri lagi pakaian dalam di rumahnya.

“Saya bingung kenapa lelaki berkenaan masih mencuri pakaian dalam kami sedangkan dia sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

“Kami yakin ini perbuatan individu sama mencuri pakaian dalam dan mengirimkan surat yang berbaur lucah sebelum ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Mangsa berkata, sebelum ini individu terbabit memulangkan semula pakaian dalam yang dicuri dengan melemparkannya di halaman rumah mereka, namun kali ini suspek mencuri pakaian dalam dan menggantikannya dengan pakaian dalam milik orang lain. “Pakaian dalam yang dipulangkan itu bukan milik kami dan kami percaya ia dicuri dari mangsa lain di sekitar kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, dia bersama tujuh lagi rakannya yang menyewa di rumah berkenaan kini bingung dan bimbang memikirkan kejadian menimpa mereka.



Harian Metro 28 Februari lalu, melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, dipercayai kerana gian menghidu seluar dalam dan coli.

Perkara itu diakui sendiri suspek apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada mangsa dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.

Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Apakah Kampung Selamat sudah tidak selamat? Berodalah agar semua selamat.....

Hot di Bangi : Car Boot Sales




Bangi: Program jualan amal 'Car Boot Sales’ anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung termasuk 25 kereta yang mengambil bahagian sebagai peserta.

Pengurus Kedai Amal IRM Datin Norelan Ismail berkata, acara yang diadakan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini pada Ahad terakhir setiap bulan, menjadi lokasi strategik orang ramai membeli barang terpakai.

Bulan April merupakan kali kedua ia diadakan selepas bulan lalu. Sambutan yang positif ini menunjukkan ramai pengunjung yang masih berminat membeli barang terpakai. Acara ini yang berterusan pada masa akan datang mendapat kerjasama Komuniti Pemilik MPV Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang.




Sesiapa yang nak menyertai Car Boot Sales ni, yuran sewa tapak RM25 yang dikenakan untuk peserta. Yuran ini disumbangkan kepada tabung IRM untuk digunakan dalam program amal lain pada masa hadapan.

Program bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, dan antara barang terpakai yang dijual ialah buku, pakaian, kasut, pinggan, mainan kanak-kanak dan basikal.


Cerita asal dan gambar dari Hmetro

Saturday, 27 April 2013

Calon Berkempen Tak Pakai Bra!

Heheheee...musim-musim pilihanraya nih macam-macam cerita ada. Tempohari pasal bendera parti yang berkaitan dengan seluar dalam. Ada yang digantung seluar dalam dan ada juga yang dimodified berbentuk seluar dalam...Kali ini, kisah di kedai kopi, pasal calon berkempen tak pakai bra! Hehehee..macam-macam..

Kata si pencerita (si A), ada calon parti ni berkempen tak pakai bra. Maka telinga pendengar (kawan-kawan si A) dikeliling pun tiba-tiba jadi tajam. Si A kata sepanjang waktu kempen ni memang begitu perangai dia. Rata-rata pendengar yang ada geleng-geleng kepala seperti tidak percaya. "Siapa dia? Parti mana?Cantik sangat ke dia tu? Dah habis modal ke dia tu nak beli bra? Agak-agak seluar dalam dia pakai tak?" Antara soalan-soalan yang dibincangkan meja kedai kopi berkenaan.

"Korang tak percaya mari malam ni ikut aku ke ceramah beliau"...kata si pencerita yang masih lagi merahsiakan siapakah calon berkenaan

Alkisahnya malam tu diorang pun pergi la ke ceramah yang dimaksudkan. Berakhirnya ceramah mereka masih belum mendapat jawapan yang dicari. "Yang mana satu orangnya?" Tanya mereka

"Laaa....yang beri ceramah tadi la" kata si A. 

"Yang beri ceramah tadi lelaki, bukan perempuan" balas mereka

"Laaa....betul la, lelaki mana pakai bra. Aku cuma cakap calon tu tak pakai bra. Aku tak cakap calon perempuan tak pakai bra" balas si A sengih-sengih.

Hahahaaaaa.....hampesss....Maka dikejarlah keliling kampung malam itu si A oleh kawan-kawannya.

Tuesday, 23 April 2013

Rahsia Lelaki di Kamar Mandi ...



Dipetik dari majalah Maskulin....Betul ke macam ni? sama-sama baca....

Bilik air dianggap sebagai tempat untuk membersihkan diri, tidak kiralah mandi ataupun melepaskan ‘hajat yang tidak tertahan’. Sudah pasti wanita mahupun lelaki amat memerlukan perkarangan kecil ini. Tetapi adakah anda tahu bahawa wanita mahupun lelaki tidak mempunyai habit yang sama sebaik sahaja mereka mengunci pintu bilik air?

APA LELAKI LAKUKAN?

Daripada tinjauan yang dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu masuk ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? Ayuh singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.
  • Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup privasi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan ‘masa’ untuk mereka bersendirian. Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.
  • Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu.
  • Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kepada individu.
  • Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa dan juga politik. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.
  • Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.
  • Jangan dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga melepaskan hadas besar.    
  • Wanita suka serkap jarang mengatakan lelaki berada lama di bilik air kerana mereka sedang melakukan onani. Setelah diselidiki sendiri oleh Maskulin terhadap 20 orang lelaki di Malaysia secara rambang, 8 orang lelaki mengaku melakukan onani di dalam bilik air dan bakinya pula tidak. Maka mitos wanita sama sekali tidak benar tentang lelaki.
  • Jika yang merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dahulu terutamanya semasa membuang air besar sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa sahaja topik yang dirasakan menarik tanpa sebarang gangguan.

PATUT TAHU: 
  • Raja Britain, George II mati akibat terjatuh di dalam tanda pada 25 Oktober 1760.
  • Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman per inci persegi.
  • Walaupun dia tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang kita gunakan di tandas pada hari ini.
  • Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama tiga tahun hidupnya berada di dalam tandas.

Friday, 19 April 2013

Memang Pasti !! Harimau Malaya vs Barcelona FC



Sahih sudah Skuad Harimau Malaya akan beraksi menentang pasukan gergasi bolasepak Sepanyol, Barcelona FC. Perlawanan akan dilangsungkan pada 10 Ogos 2013 di Stadium Bukit Jalil. Hai perlawanan ini dijangkan akan bersamaan dengan 3 Syawal 1434H. Pehhh...waktu Raya Aidilfitri tu....

Untuk pertama kali penampilan Barcelona di Malaysia, mereka bakal membariskan bintang-bintang utama mereka seperti Lionel Messi, Cesc Fabregas, Dani Alves, Gerard Pique, Pedro, Xavi, Andres Iniesta, Carles Puyol, David Villa dan penjaga gol, Victor Valdes.

Oleh yang demikian, tidak peliklah kenapa harga tiket yang dikhabarkan adalah diluar jangkaan !!! Harga tiket yang ditawarkan bagi perlawanan Malaysia menentang Barcelona FC ini adalah setinggi RM688 bagi tempat duduk VIP. Manakala bagi tempat duduk biasa harga adalah RM 388, RM 288, RM 208, RM 168 dan RM 98.

Tiket-tiket dijual mulai hari ini di beberapa lokasi seperti pusat beli-belah One Utama, Suria KLCC, pusat beli-belah Midvalley, The Curve dan Subang Parade.

Jadi, tuan-tuan rumah jangan terkejut jika anak-anak anda bersungguh-sungguh mengutip duit raya pada 2@3 hari pertama raya...mungkin mereka nak beli tiket tengok perlawanan ini...hihihhi...

                 

Thursday, 18 April 2013

Bola di Transmission Lines : Air Craft Warning Light (ACWL)


Sejak dua menjak ni, aku nampak banyk orang cari info berkenaan seperti 'bola di transmission lines' , 'bola di pencawang' dalam list blog aku. Ada juga yang bertanya secara terus dengan aku. Baiklah, aku usahakan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara berkenaan.

Aku bertanya pada orang yang kerja dengan TNB sendiri pasal benda ini. Beliau menyatakan bola pada transmission line tu diorang panggil Air Craft Warning Light (ACWL).


Dalam gambar di atas, bola berkenaan adalah dalam bulatan merah sebelah kanan. ACWL ini digunakan untuk memudahkan air craft (kapal terbang/jet) nampak dari jauh adanya talian transmission di laluan berkenaan. Tidak semua tempat TNB pasang benda ini. ACWL ini basanya dipasang berhampiran kawasan lapangan terbang dan laluan yang biasa digunakan oleh penerbangan sahaja.

Walaupun namanya 'light', namun benda ni tiada 'light' pun...sekadar menjadi penunjuk sahaja. Kalau sebelah malam, di puncak menara menara akan mempunyai lampu merah yang menyala (gambar atas bulatan kiri). Lampu ini akan menjadi petunjuk pula pada kapal terbang yang lalu....

Bola di transmission lines : Air Craft Warning Light

Sekian.... harap dapat membantu anda...

Program Bra Week di ZELL-V East Coast Mall

Post ini ditujukan khas buat wanita, perempuan, saudari dan cik-cik sekalian. Ini merupakan petikan dari sms yang diterima semalam...

"Program bra week dari 15-30 April 2013. Tempat di ZELL-V East Coast Mall (ECM) Kuantan Pahang. Bawa 1 bra yang lama untuk demo urutan serta bagaimana guna bra yang betul. Dapatkan temujanji dengan segera bagi peluang untuk diri sendiri memahami dan sayangkan kesihtan diri sendiri. Sila Hubungi penasihat kesihatan anda" 

Jadi pada sesiapa yang berminat...silalah bertindak...daripada tak buat apa-apa...baik jadi apa-apa...
Buat lelaki...bolehlah ajak isteri atau pasangan anda..........

Thursday, 11 April 2013

PRU13 : Semakan Daftar Pemilih SPR


Gendang sudah dipalu..Tarikh mengundi telah diumumkan.

Adakah anda telah menyemak maklumat pengundian anda? Jika anda belum, mari semak daftar pemilih anda  di laman Suruhanjaya Pilihan Raya. Boleh klik kat sini: SPR

Sudah semak? Pastikan semuanya betul....Selamat mengundi !!!

UEFA CL: Barcelona & Bayern Munchen complete semi-final quartet



Dalam saingan UEFA Champion League, Barcelona dan Bayern Munchen menyertai Real Madrid dan Borussia Dortmund bagi  melengkapkan 4 pasukan ke peringkat separuh akhir. Undian peringkat separuh akhir ini akan diadakan pada hari Jumaat ini di UEFA HQ di Nyon, Switzerland.

Perlawanan seprauh akhir dijangka pada 23/24 April dan 30April/1 May ini. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang akan dilangsungkan pada 25 May di Stadium Wembley.

Dalam perlawanan semalam di Nou Camp, Barcelona seri 1-1 dengan PSG menerusi jaringan Rodriguez dan Pastore. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan juga mencatat keputusan seri 2-2. Barcelona mara dengan kelebihan jumlah jaringan di tempat lawan. Untuk rekod, ini merupakan kali ke-6 Barcelona layak ke peringkat separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan

Dalam satu lagi perlawanan, Bayern menewaskan Juventus 2-0 menerusi gol oleh Mandzukic dan Pizarro. Bayern layak ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-0 setelah memperolehi kemenangan juga 2-0 pada perlawanan pertama.

Bagi 2 lagi pasukan, Real Madrid mara dengan agregat 5-3 dan Borussia Dortmund mara dengan agregat 3-2

Real Madrid menang 3-0 pada perlawanan pertama dan tewas 2-3 pada perlawanan kedua. Bintang mereka Ronaldo berjaya menyumbat 2 gol berharga pada perlawanan kedua. Ini merupakan kemaraan ke-24 Real Madrid pada peringkat separuh akhir.

Hasrat Malaga untuk mencipta sejarah lebur apabila tewas 3-2 kepada Dortmund pada perlawanan kedua yang penuh dramatik. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan sekadar seri 0-0. Malaga sepertinya sudah melangkah ke separuh akhir apabila mendahului 2-1 ketika 90 minit permainan. Walaubagaimanapun jaringan Reus dan Felipe Santana pada masa tambahan meleburkan harapan Malaga.

Wednesday, 10 April 2013

Gangguan Bekalan Air Kuantan Pahang (9-12 April 2013)


Notis Gangguan Bekalan Air Sekitar Kuantan - April 2013


Tarikh: Dari 9/4/2013 - 12 /4/2013 (Dalam Web PAIP Tulis Dari 10.04.2013 - 11.04.2013)
Masa : 8.00 pagi (Selasa) - 8.00 malam (Jumaat)

Kawasan:

1. Seluruh Kaw. Jln Kuantan By Pass Dari Lapangan Terbang Sehingga Seluruh Kaw. Indera Mahkota Termasuk Pandan, Permatang Badak Dan Bukit Rangin.

2. Seluruh Kaw. Jln Gambang Dari Kemunting Sehingga Simpang Gambang Termasuk Tanah Putih, Batu 3, Sg Isap, Tmn Tas, Seri Mahkota, Jaya Gading, Sri Damai, Kem Batu 10, Sri Fajar Dan Sehingga UMP.

3. Seluruh Jln Sg Lembing Dari Indera Mahkota Sehingga Bukit Bakong Termasuk Kg Padang, Tmn Impian, Bukit Kuin Dan Batu Sawar.

4. Seluruh Kaw. Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jln Hj Ahmad Dan Sebahagian Kaw. Bukit Ubi Dan Jln Lim Hoe Lek.

5. Seluruh Jln Pekan Sehingga Kg Ubai Termasuk Inderapura, Inderasempurna Tanjung Lumpur, Peramu, Sg Soi, Berjaya Permai, Pantai Sepat Dan Sekitar.

Punca: 

Kerosakan Pam Air Mentah Di Rumah Pam Kobat Dan Kerja Pembaikan Sedang Dijalankan.

Pengguna Di Kawasan Terlibat Akan Mengalami Gangguan Bekalan Air Seperti Berikut: 
  • Tekanan Rendah
  • Air Perlahan Dan Putus Bekalan.




Sumber: PAIP & FB