Saturday 11 October 2014

DIY: Servis Air-Cond / Bersihkan Penghawa Dingin

Nak tahu bilik kita banyak habuk ke tidak? Meh kita tengok pada penghawa dingin. Kalau banyak habuk pada penapisnya... maka memang banyak la habuk dalam bilik kita tu...

Hari ini aku nak kongsi cara-cara nak bersihkan penghawa dingin dengan kaedah D.I.Y. Air-cond yang aku nak godek ni jenama YORK.

Mula-mula matikan smber tenaga (bekalan elektrik) pada air-cond ni. Pastu buka penutup depan aircond tu.... Tadaaa... banyak kan habuk kat penapis tu????


Angkat filter 

Disebalik filter tadi

Zoom-in.. Nampak kotoran degil tu? 

Taraaaa...nilah senjata membersih

Disebalik penapis/filter tadi ada lapisan besi yang sungguh lembut. Tekan sikit je dah bengkok. Maka untuk menghilangkan habuk-habuk yang telah menjadi kotoran degil untk tanggal ni aku gunakan berus gigi terpakai (nak pakai yag baru pun bulehh). Berus gigi tu mesti jenis lembut. Gosokkan perlahan mengikut alur besi tadi. Macam gosok sambil korek habuk tu keluar la...

Penapis / filter tadi sembur je dengan air. Kalau nak berus pun agak-agak la.... mudah koyak

Disebabkan terlalu degil kotoran ini maka aku perlu langkah pembersihan yang lebih advance. Aku kena buka body / casing air-cond ni. Macamana nak buka body / casing air-cond YORK ni?


Rujuk gambar atas. Ada 5 skrew yang kena buka. Skrew 1 & 2 kena buka dahulu. Nak buka skrew tu kena selak salur angin kat bawah tu. Lepas tu baru buka 3 lagi skrew kat atas tu... Lepas tu bahagian atas air-cond tu ada 3 klip

Nampak lebih jelas kotoran degil itu

Berus..berus dan terus berus.... dan hasilnya

 Dah pasang casing.. cun woo


 Zoom-in sikit...suci tak berdebu

Perbandingan... Sebelum berus gigi

Selepas 

Dah siap...jom tido...kikiiii

Semoga bermanafaat untuk anda


13 comments:

  1. tq bro... aku dah buat sendiri kat rumah... aku search google, blog ko atas sekali... takde citer banyak, bukak terus baca, terus buat... ambik ko, menggigil aku malam tadi... ahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.....benda baik dikongsi sama...

      Delete
  2. Bro.. Kalau daikin punye sama x? Sbb daikin pon york jugak dulu kan? Tq bro

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saluran gas outdoor ke indoor kene tutup x sblum nk bukak indoor kasi barai?

    ReplyDelete
  5. Saluran gas outdoor ke indoor kene tutup x sblum nk bukak indoor kasi barai?

    ReplyDelete
  6. Saluran gas outdoor ke indoor kene tutup x sblum nk bukak indoor kasi barai?

    ReplyDelete
  7. Tq bro atas tips..tapi lepas dh bersih tu aircond tu angin dia rasa panas...sebab ape ye

    ReplyDelete
  8. Tq bro atas tips..tapi lepas dh bersih tu aircond tu angin dia rasa panas...sebab ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyehhh....tak pernah pula terjadi pada saya. Mungkin ada kebocoran..

      Delete