Wednesday 22 October 2014

IKIP Convo Fest 2014

Konvokesyen (Konvo) dan Pesta Konvo... ibarat irama dan lagu. Jika ada konvo, kebiasaannya pasti ada pesta konvo. Apa pesta konvo tu? Macam-macam ada..... ada gerai jualan, permainan, forum dan sebagainya. Ikut institusi pendidikan berkenaan lah nak isi dengan apa...



Sempena dengan Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP pada 15 November 2014 nanti, satu aktiviti bersempena yang dinamakan "IKIP Convo Fest 2014" atau dalam bahasa mudahnya Pesta Konvo IKIP akan diadakan pada 8 November 2014 (tarikh asal 1 November - tukar sebab final bola) bertempat di Bangunan Asrama baru IKIP di Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. Kat mana asrama baru ni? Dibelakang daripada bangunan Yayasan Pahang (YP).... Terdapat juga lokasi lain iaitu IKIP Taman Gelora dan Pantai Anak Air.

Apa program yang ada???

Program/pertandingan yang dianjurkan adalah memancing (di Pantai Anak Air), Ivory Run (berlari dari IKIP 3 Taman Gelora - Asrama Tanjung Lumpur). Sementara itu pertandingan mewarna, Tamiya IKIP Race, Auto Show, Wau Kampung, Soccer 4 on 4, memasak bubur Asyura dan Gerai jualan akan dilaksanakan di Asrama Tanjung Lumpur.

Disebelah malam akan ada forum perdana... risik-risik katanya panelnye hebat juga... Ustaz Badli Shah dan Ustazah Sharifah Hayati...

Jadi jangan lepaskan aktiviti-aktiviti yang menarik ni.... Ada hadiah tuuuuu....

Moh la wehhhhhh!!!


No comments:

Post a Comment