Friday 24 October 2014

Pahang mara ke Akhir Piala Malaysia 2014

Tahniah buat pasukan Tok Gajah kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir Pala malaysia 2014.



Pahang menewaskan Kedah 5-0 dalam perlawanan ke-2 di Stadium Darul Makmur malam tadi. Pahang selaku juara bertahan mara dengan agreget 6-3, setelah skuad Kenari menewaskan skuad Tok Gajah 3-1 pada perlawana pertama di Darul Aman.

Tok gajah terus mengamuk sebaik tiupan wisel perlawanan dibunyikan. Hasilnya seawal minit ke-4 tok gajah telah mendahului 1-0 menerusi jaringan Matias Conti. R Gopinathan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24. Matias Conti menjaringan gol ke-3 setelah mendapat hantaran dari Nakawame melalui satu rembatan yang cukup deras pada minit ke-30. Conti terus melengkapkan hat-rick nya pada init ke-37 untuk kedudukan semasa 4-0

Bersambung separuh masa ke-2 kedua-dua pasukan terus berbalas serangan. Sedang Kenari asyik menyerang tiba-tiba R Gopinathan melarikan bola di sebelah kiri padang, menggelecek Adam Griffiths dan seterusnya menewaskan penjaga gol Kedah untuk gol ke-5 pada init ke-74.

Tahniah Pahang... Tahniah Tok Gajah.... Hadiah terbaik buat DYMM Sultan Haji Ahmad Shah sempena hari keputeraannya dan seluruh penyokong Tok Gajah.

Siapa akan bertemu Pahang di pentas akhir nanti? Felda atau JDT?

2 comments: